[VIDEO] “Ini Baru Betul Passion, Berjiwa Malaysia!” – Aktif Ikut Bapa Untuk Tifo Ultras Malaya, Remaja Ini Menangis Bahrain Tendang Malaysia 2 – 1

Jaringan sepakan penalti Bahrain pada penghujung permainan dalam saingan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023 menumpaskan skuad Harimau Malaya dengan 2 – 1.

Pada awalnya Harimau Malaya dan Bahrain berada dalam kedudukan seri namun Bahrain diberi sepakan penalti selepas penjaga gol, Farizal Marlias menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.

Malah, sepakan penalti tersebut mengecewakan puluhan ribu penyokong hadir ke Stadium Nasional Bukit untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Sebuah video yang dimuat naik oleh pelawak terkenal, Jep Sepahtu di akaun Instagram miliknya telah merobek hati ramai pihak yang turut meluahkan rasa sebak.

“Dapat video ni dari member budak UM. Dia bagitau budak ni sepanjang cuti sekolah ikut ayah buat Tifo untuk Harimau Malaya. Jangan bersih dik, masanya akan tiba nanti,” tulis Jep di ruangan kapsyen.

Video tersebut memaparkan seorang remaja yang menonton perlawanan Malaysia dan Bahrain secara langsung menangis teresak-esak dipercayai akibat kecewa Harimau Malaya ditumpaskan.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa kagum terhadap anak muda itu atas semangatnya yang berjiwa tinggi pada bola sepak negara.

Rata-rata netizen berkata bukan mudah untuk meluahkan rasa cinta kepada negara, lebih-lebih lagi apabila melibatkan sukan bola sepak.

Malaysia akan bertembung Bangladesh pada Selasa nanti dengan misi wajib menang untuk mencerahkan laluan layak ke saingan Piala Asia 2023 di China.

Untuk rekod, berdasarkan daripada ciapan rasmi Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Harimau Malaya berada di rangking ke-154 Dunia selepas tumpas kepada Bahrain.

Sumber: sukanz, Instagram Jep

Aqilah Paharuzi