[VIDEO] Isu Boikot Produk Israel, Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf Kepada Pekerja Premis Makanan – “Saya Tak Nak Menjawab Nanti Walau Sumbang RM1 Pun…”

Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad tampil memohon maaf terhadap pekerja-pekerja yang bekerja di premis makanan segera (fast foods) seperti McDonald, Starbucks dan KFC.

Ia ekoran isu memboikot produk-produk atau jenama makanan yang menyalurkan bantuan atau menunjukkan sokongan kepada Israel berhubung konflik peperangan kepada Palestin.

Menerusi sebuah video di Instagram Story (IGs), Sharnaaz berkata dia menyayangi produk-produk tersebut namun tidak mahu menjawab di akhirat kerana menyumbang kepada zionis.

“Assalamualaikum guys, kat sini aku nak cakap pasal isu boikot.. Aku ada nampak juga ada setengah yang hilang pekerjaan.

“Di sini kita perlu minta maaf kepada pekerja yang ada di Starbucks, McDonald, KFC, kerja-kerja yang ada kaitan dengan Yahudi dan United States (US) semua…

“Kita sayang… memang kita makan semua tu setiap hari.. macam saya masih ada lagi produk tu di rumah.

“Kami tak benci dengan hampa (anda) semua, tapi walaupun ada RM1 disalurkan kepada master franchise, kami tak nak kena jawab nanti.

“Minta maaf, kami sayang produk hampa cuma tak nak menyumbang,” katanya.

Sebelum ini, nama Sharnaaz heboh menjadi perbualan di media sosial gara-gara menegur aktor Azhar Sulaiman secara terbuka di media sosial.

Azhar meluahkan pendapatnya mengenai cara kepimpinan tentera Hamas di Instagram dikritik teruk oleh netizen.

Artikel Berkaitan: Pertikai Strategi Perang Tentera Hamas, Sharnaaz Ahmad Bidas Azhar Sulaiman – “Kita Belum Tentu Mati Semulia Depa”

Artikel Berkaitan: “Rasa Hormat Saya Dah Hilang Pada Abang” – Sharnaaz Ahmad Tempelak Azhar Sulaiman… Netizen Label ‘Palatao’ Isu Palestin

Artikel Berkaitan: “Lantak Kau Lah Bang! Aku Doa Kau Enjoy Dengan Perhatian Yang Kau Cari” – Puas Tegur Cara Baik, Sharnaaz Ahmad ‘Malas’ Layan Azhar Sulaiman Isu Palestin

Aqilah Paharuzi