[VIDEO] Isu Hadir Ke Majlis Tunang & Shuib Didakwa Cepat Move On… Makder Tampil Jawab Soalan Cepumas – “Abah Arwah Siti Sarah Kata…”

Isteri penyanyi 80-an Raisuddin Hamzah iaitu Siti Fatimah atau lebih mesra disapa Makder menjawab persoalan ramai yang mendakwa pelawak dan penyampai radio, Shuib terlalu cepat ‘move on’.

Menerusi sebuah video bersama pempengaruh Andika Putera, Makder berkata suami tercintanya, Raisuddin selaku bapa mentua kepada Shuib banyak memberi nasihat untuk terus melangkah kehadapan.

“Semua ini daripada abah Siti Sarah juga. Semua orang tahu yang arwah ni daripada kecil memang rapat dengan abah dia. Orang yang paling terkesan mestilah abah dia.

“Yang banyak mengajar untuk kami semua untuk cepat move on ni ialah bapa Siti Sarah, Raisuddin. Abah dia pernah cakap juga dia (Sarah) sekarang dah ada di tempat yang paling tertinggi.. susah orang nak dapat,” katanya.

Dalam video yang sama, Makder turut menjawab mengenai kehadirannya bersama suami, Raisuddin ketika di majlis pertunangan Shuib bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah.

Jelas Makder, bapa allahyarhamah Siti Sarah telah berjanji kepada Shuib dia akan bantu masuk meminang sekiranya dia telah berjumpa pengganti suri hatinya.

“Raisudin sendiri yang dah janji. ‘Kalau ada bagi tahu abah, abah yang akan masuk minang’  katanya.. Dia (Raisuddin) tak terkilan, okay saja.,” ujarnya.

Sekadar info, Shuib dan Watie selamat mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Pasangan ini bakal berkahwin pada 23 Jun ini yang telah menerima tajaan lebih 1 juta ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernikahan Dengan Watie Terima Tajaan Lebih RM1 Juta, Shuib Umum Tiada Majlis Resepsi

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Kisah Dengan Status Duda Anak 4, Watie Yakin Shuib Boleh Jadi Suami Terbaik – “Dia Ada Rekod Yang Baik”

Aqilah Paharuzi