[VIDEO] Isu Tarik Rambut, Imej Diva AA Tercalar! Bakal Saman Aliff Syukri RM100 Juta – “Tiada Maaf Bagimu, See You In Court!

Selebriti sensasi, Azwan Ali tidak menerima permohonan maaf usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri berikutan kejadian menarik rambut secara langsung dalam sebuah program.

Kejadian yang berlaku di persembahan ‘The Roast Of Ok Let’s Go’ Singapura ini tular di media sosial memaparkan Aliff Syukri menarik rambut Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA.

Menerusi video penjelasan di aplikasi TikTok, Diva AA menyelar tindakan Aliff Syukri itu serta telah mengambil keputusan untuk memberi notis saman malu bermula dengan jumlah RM100 juta.

“Diva AA akan saman malu jutawan Datuk Seri Aliff Syukri. Perbincangan dengan pihak peguam mewakili DIva AA telahpun berlangsung.

“Kali ini kita akan all out saman malu kejadian menimpa Diva AA dan Datuk Aliff Syukri di persembahan ‘The Roast Of Ok Lets GO (OLG)’ yang berlangsung di Star Teater, Singapura pada 3 November lalu.

“Semasa rakaman live, Datuk Aliff Syukri telah menarik rambut Diva AA dan telah dirakam oleh pihak produksi,” katanya.

Jelas Diva AA lagi, dia tidak dapat bertolak ansur atas tragedi yang menimpanya pada kali ini kerana mahu memberi pengajaran kepada selebriti lain di luar sana yang selama ini mengkritik dirinya.

“Diva tak boleh bertolak ansur kali ini. Memang permohonan maaf telah dibuat di atas pentas selepas beberapa saat kejadian tarik rambut itu.

“Tetapi, selepas perbincangan dibuat dengan peguam, permohonan maaf tersebut tak boleh diterima pakai.

“Kejadian itu telah tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

“Saman tetap diteruskan. Kepada Datuk Aliff Syukri, saya tak akan bertolak ansur.

“Ini adalah satu pengajaran daripada Diva AA kepada semua artis sangkak negara yang tidak henti mengecam saya. Jangan ingat aku senyap, kalii ini senyap aku bermakna.

“Minimum saman malu 100 juta kepada Datuk Aliff kerana melibatkan media sosial, rakaman live, orang-orang Singapura serta nama besar saya. don’t play-play.

“Tiada maaf bagimu, see you in court Aliff Syukri. RM100 Juta!,” selarnya

Artikel Berkaitan: Nama Che Ta Terpalit Isu Hantar Sihir, Azwan Ali Tidak Sebut Nama Sesiapa – “Siapa Makan Cili, Dia Terasa Pedas”

Artikel Berkaitan: Nama Trending Di Twitter, Azwan Ali Muat Naik Video Sambil B*gel?

Aqilah Paharuzi