familuv By: Maya Basir August 30, 2022 @ 4:47pm

[VIDEO] “Jangan Bagi Orang Tunjal Kepala” – Kongsi Hari Jadi Sama, Sharnaaz Ahmad Beri Ucapan Istimewa Buat Jebat Jayden

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan putera sulungnya, Jebat Jayden berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada hari ini, 30 Ogos.

Menerusi perkongsian Sharnaaz di Instagram, dia memberi ucapan hari jadi buat anaknya yang menjadi sumber kekuatan untuk mengharungi pelbagai cabaran.

“Happy birthday my dear son. I’m getting older the same day as you but I’m very sure my love for you is getting stronger.

“Boy (Jebat) nak jadi kuat macam baba.. Boy, baba kuat sebab cek (awak).. who am i today is because of you.. Thank you for giving me the unconditional love every sec of your day,” tulisnya.

Menurutnya lagi, dia mahu Jebat sentiasa kuat, bijak dan tidak membiarkan orang lain mempergunakan dirinya.

“Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita. Always fight for what you think is right.

“Salah atau betul bukan manusia yang hakimi. You are the king of your self. Love you boy,” katanya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata rakan artis serta pengikut turut memberikan ucapan selamat hari jadi buat Sharnaaz dan Jebat antaranya Scha Alyahya, Elly Mazlein, Shukri Yahaya dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Nov 2017

Rumah Sewa Hancur, Penyewa Hanya Mesej Untuk Keluar Rumah

Bila Penyewa Kata Nak Keluar Rumah, Cuma Mesej Bagitahu Tinggal Kunci Kat Dalam, Lepas Tu Terus ‘Block’ Nombor Kita

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Featured Tue, 12 May 2020
Featured Wed, 27 Apr 2022
Featured Fri, 9 Sep 2022