[VIDEO] Jawab Gosip Sedang Hangat Bercinta, Shila Amzah ‘Adikzone’ Kan Amir Masdi?

Susulan gosip cinta mengaitkan dirinya dan penyanyi, Amir Masdi, Shila Amzah akhirnya buka mulut dan menjelaskan bahawa hubungannya itu   tidak lebih dari sekadar ‘adik’ sahaja.

Memetik temu bual program Melodi TV3, Shila atau nama penuhnya, Nur Shahila Amir Amzah, 32,  tidak mengerti kenapa ada dalam kalangan warganet yang mahu menggosipkan dirinya dan Amir sedangkan usia Amir tidak jauh dengan usia adik kandungnya.

“Allah, yang istimewanya ialah dia kawan kepada adik saya, lagipun dia baya umur -umur adik saya. Saya pun anggap dia macam adik-adik je.

“Tak faham eh kenapa ada orang nak gosipkan saya dengan Amir Masdi sebab dia pun masih baru, masih hijau dalam industri ni. Tapi, biasalah kena gosip-gosip ni. Saya tak kisah pun.

“Dia buat saya rasa kelakarlah… Tak baik eh nak gosip-gosip saya macam ni,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mula Bertemu Dia Ketika…”- Timbul Dakwaan Bercinta Dengan Shila Amzah, Ini Jawapan Amir Masdi

Ketika ditanya mengenai penggunaan status ‘adik’ bagi menyembunyikan hubungan sebenar, Shila menegaskan, tidak timbul isu sebegitu kerana dia telah meletakkan jurang ‘Adikzone’ itu terhadap Amir.

“Nak menyorokkan hubungan apa… dia dah jadi adik… kita dah ‘adikzone’ kan dia. Tak baik eh? Kalau dia betul-betul boyfriend kita, sentap hati member,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shila juga memaklumkan, dia kini sedang sibuk menguruskan rutin harian termasuklah kerjaya dan anaknya, Seth Uwais.

“Saya bercinta dengan kerja sekarang ini. Nak spent dengan anak pun kadang tak cukup waktu apatah lagi nak bercinta… kesian boyfriend saya kalau ada,” ujarnya.

Terdahulu, gosip percintaan antara kedua-dua penyanyi ini timbul selepas mereka sering dilihat melakukan aktiviti bersama.

Salma Syahbuddin