[VIDEO] “Kak Iti Doakan…” – Hantaran Fara Fauzana Buat Anuar Zain Sweet Sungguh! Rakan Selebriti Doakan Berjodoh

Baru-baru ini, sebuah hantaran penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana atau lebih mesra disapa Fafau mencuri perhatian seluruh netizen dan rakan-rakan selebriti selepas berkongsi perasaanya bertemu lagenda Anuar Zain.

Fafau menerusi Instagram miliknya memuat naik sedutan video yang memaparkan momen-momen indah ketika berada di konsert Anuar Ziana Zain live di Kuala Lumpur yang berlangsung pada 6 August.

Dalam hantara tersebut, apa yang menarik perhatian adalah video dimana Anuar Zain akhirnya nampak kelibat Fafau lalu menyebut nama Fara Fauzana sekali gus membuatkan dirinya cair!

“Punya aura yang besar buat ramai orang sentiasa tersenyum setiap kali si nakal menyakat tak lokek dengan kata-kata positif sahaja.

“Saya dah belajar untuk relaks sebab tau ramai yang suka cewaahh walaupun dalam hati geramnya aku.

“Thank you semua yang selalu doakan untuk kami eh laa tiber ok ok kita doakan untuk kesejahteraan abang Nuar supaya sihat dan dapat menghiburkan kita seperti selalu.

“Last but not least, Thank you LELAKI INI yang bernama @anuarzain70 kerana selalu buat hati ini (ok ok hati semua orang!) berbunga-bunga,” tulisnya di ruanga kapsyen sempat berseloroh.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen serta golongan selebriti yang turut terhibur melihat gelagat Fafau.

Sementara itu, pelantun lagu Sedetik Lebih itu turut membalas hantaran Fafau itu dengan berkata, “LOVE You FAFAU..,” ujarnya.

Turut sama meninggalkan komen, penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang seakan merestui sekiranya Fafau dan Anuar berjodoh.

“Alhamdulillah… Kak Iti doakan.. Kak Iti doakan…” tulisnya.

Aqilah Paharuzi