Walaupun konflik rumah tangga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan Bella Astillah masih hangat diperkatakan, namun rata-rata netizen seolah-olah sudah muak dengan kes membabitkan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga yang banyak terjadi sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di TikTok milik @mayorayoraa, dia dilihat memuat naik hantaran video memaparkan momen manis Bella bersama suami ketika menghadiri acara disertakan dengan kompilasi swafoto Sophia AlBarakbah.
Namun, apa yang mencuri perhatian, rata-rata netizen seolah-olah memberi ‘lampu hijau’ dan tidak kisah jika Sophia dilabel sebagai ‘penyondol’ dek kerana personalitinya yang menggoda.
Ini kerana, aktres berkenaan bukan sahaja cantik dan bergaya, tetapi juga turut dipuji mempunyai kriteria yang mampu membuatkan lelaki ‘cair’.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia di muat naik pada Selasa.
@mayorayoraa nk jdi genk ira kazar ke ni ? 😬 #fyp #bellaastillah #alifaziz #sophiakoshka #perampaslakiorang ♬ original sound – m a i 🧚♂️