[VIDEO] “Kalau Tak Buat Sesuatu, Tak Ada Siapa Notice Dia”  – Alyah Puji Aina Abdul Penyanyi Berani!

Penyanyi, Datin Alyah memuji pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37, Aina Abdul yang tampil berani menonjolkan diri sebenar dalam industri seni hiburan.

Menerusi sebuah video siaran langsung, isteri kepada pemuzik tersohor, Datuk Ramli MS berkata Aina pada suatu ketika dahulu seorang penyanyi yang berdiam diri.

“Aina Abdul tu baik orangnya, bagus. Dulu saya lihat dia seorang yang dia saja duduk dekat belakang stage. Sekarang dia dah kat depan jadi diri yang sebenar.

“I am so happy for her. Itu yang kita nak! Lagi banyak lagi bagus pendatang baru yang berani,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu turut menganggap penampilan luar biasa yang sering dipamerkan oleh Aina membuatkan ramai mengenali dirinya.

“Tak kisahlah orang nak kata mangsa fesyen ke, orang nak kata mangsa buli ke. Kalau dia tak buat sesuatu pada diri dia, korang tak akan notice dia siapa. Betul tak?

“Jadi apa yang dia buat tu that is the best for her, so kena support orang-orang baru,” katanya.

Kredit: Selebriti Malaysia

Aqilah Paharuzi