[VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal – “Apa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..”

Pertikaian hubungan antara pelakon Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shaz sehingga kini masih belum menemui tanda noktah.

Fatin menerusi siaran langsung di TikTok miliknya tengah hari tadi tidak dapat menahan diri daripada menangis teresak-esak ekoran konflik yang dilaluinya.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Fatin meluahkan rasa kesal dan kecewa atas kenyataan Adam yang mendakwa anak sulungnya, Arrian adalah hasil luar nikah.

“Bagi Arrian Adam tu daddy dia. Saya tak boleh nak cakap lebih terperinci tapi untuk seorang anak yang anggap awak (Adam) daddy dia, kenapa sanggup cakap macam ni?

“Setiap kali lepas solat, Arrian doakan untuk daddy dia. Tapi selama ni awak keluarkan statement pasal dia yang tidak baik, apa salah Arrian?

“Ini yang awak (Adam) nak kan? Nak bagi tahu satu dunia yang saya ni fragile, awak dah dapat apa yang awak nak,” katamya sambil menangis teresak.

Sekadar info, Fatin pernah berkahwin kali buat pertama dua kali tidak didedahkan perinciannya kepada umum. Menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak, Adam Aisy Arrian.

Fatin kemudian berkahwin dengan Adam pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan penceraian pada 30 Mei 2017.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatin Afeefa Sedih Anak Dituduh Luar Nikah, Siap Sedia Tunggu Surat Mahkamah Dari Bekas Suami! – “Saya Ada Bukti & Lebih Berkemampuan…”

Artikel Berkaitan: Bengang Dengan Hantaran Adam Shahz, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Menipu & Tabur Fitnah – “Move On Lah 5 Tahun Dah”

 

Aqilah Paharuzi