[VIDEO] Kelakar! PU Riz Ditegur Seksi, Tapi Gelak Neelofa Buat Netizen Berdekah – “Puas Dengar Lofa Gelak, Siap Ulang Banyak Kali”

Pasangan usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Haris Ismail atau lebih mesra dengan panggilan PU Riz mencuri perhatian selepas video mereka dimuat naik semula oleh peminat di laman sosial TikTok.

Video berdurasi 31 saat itu menunjukkan Neelofa bersama PU Riz sedang mempromosikan produk inai mereka secara live di platform berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat seorang individu menegur pakaian PU Riz yang dikatakan seksi kerana menampakkan bahagian dadanya.

Namun, komen berkenaan disalah anggap PU Riz apabila menegur semula individu terbabit.

“Baju nampak dada, sorry sis komen.

“Haih, silap orang ni. Dah tutup macam ni pun….Eh! Ke dada aku?,” katanya.

Menyedari kesalahan tersebut, Neelofa secara spontan tergelak melihat reaksi suaminya itu.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen dalam kalangan netizen yang terhibur melihat gelagat Neelofa apatah lagi mendengar gelaknya.

“Aku ulang banyak kali semata-mata nak dengar Lofa gelak.

“Ganas suara Lofa ketawa.

“Puas hati dengar Lofa gelak weyh!

“Banyak kali ulang sebab kelakar tengok PU Riz  punya blur tu.

“Aku tak tahu berapa kali aku ulang sambil tergelak sendiri.

“Lofa dah tahu lama dah, PU Riz je yang lalai,” komen netizen.

Salma Syahbuddin