[VIDEO] Keluarga Ini Dikecam Gara-gara ‘Piknik’ Dalam Airport, Cetus Perbalahan Netizen – “Siap Bawa Periuk Nasi, ‘Common Sense’ Mana?”

Heboh di serata media sosial sejak semalam mengenai satu video memaparkan sebuah keluarga sedang ‘berkelah’ di ruangan menunggu di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sehingga membawa periuk nasi tanpa mengendahkan orang lain.

Menerusi video tersebut, keluarga berkenaan membentangkan tikar, membawa periuk nasi serta menyediakan lauk-pauk pelbagai aneka untuk dijamah bersama-sama.

Video tersebut tular di aplikasi TikTok kemudian dimuat naik di aplikasi Twitter telah meraih perbalahan antara netizen sama ada perkara tersebut wajar ataupun tidak.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada dalam kalangan netizen yang berpihak kepada keluarga tersebut yang berkata mereka seakan tiada pilihan kerana semua tempat makan dalam KLIA itu dipercayai penuh.

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang menentang keluarga tersebut membuat demikian kerana akan membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa.

Bagaimanapun, semasa artikel ini ditulis masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak KLIA mengenai isu tular tersebut.

Aqilah Paharuzi