Hiburan By: Izzi Farhana April 13, 2023 @ 4:45pm

[VIDEO] Kembali Bergandingan, Intan Ladyana & Shaheizy Sam Buat Peminat Tak Keruan – “Adnan Sempit Is Back!”

Pasangan pelakon yang popular menerusi siri filem Adnan Sempit, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana kembali bergandingan.

@pakmatwestern Perangai sebijik dalam Adnan Sempit 🤣 #fyp #adnansempit ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sam berkongsi video gandingan bersama Intan menerusi hantaran terbaharu di laman sosial Instagram miliknya.

“Di mana ada kemahuan di situ ada…… Dah 13 tahun, namun tetap seperti dahulu,” tulis Sam di ruangan kapsyen.

Video tersebut adalah sebuah iklan untuk mempromosikan produk makanan yang terkenal.

Penampilan dua pelakon hebat itu membuatkan peminat tidak keruan kerana teringat kembali filem Adnan Sempit yang dilakonkan oleh mereka berdua dan ia turut diselitkan sedikit aksi seolah-olah filem Polis Evo di penghujung video.

Menjengah ke ruangan komen, netizen yang merindukan gandingan mereka berdua memberikan pelbagai respons terhadap video terbabit.

“Rindu korang berlakon! We want more.

“Ya Allah baru je duduk fikir, teringin nak tengok gandingan terbaru Adnan Sempit ke-5 pulak. Eh tiba-tiba Pak Mat buat, gandingkan Adnan dengan Nadia.

“Fuyyo Adnan Sempit version Pak Mat. Di mana ada kemahuan di situ ada highway,” tulis peminat di ruangan komen.

Sebelum ini, tular juga sebuah video mempromosikan produk makanan yang sama tetapi menampilkan pelakon Istanbul Aku Datang iaitu Datin Lisa Surihani dan Beto Kusyairy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Mon, 5 Feb 2018

PANGGIL SAYANG TAK BERMAKNA KAMI BERCINTA

Amboi Syamel, kuat betul menyakat gadis eh? Tak pasal-pasal, orang sekeliling ingat awak playboy pula nanti. Teman duetnya menerusi lagu Aku Cinta, penyanyi Ernie Zakri memberitahu sikap Syamel yang gemar menyakat dengan panggilan mesra membuatkan […]

Trending Mon, 24 Dec 2018

Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang

Lava Panas Gunung Berapi Anak Krakatau Sebelum Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang

Trending Fri, 24 Jul 2020
Trending Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Thu, 22 Aug 2019