[VIDEO] Kenakan Solekan Seram, Sajat Tunjuk Bakat ‘Lip Sync’ Sambil Menari Buat Netizen Terpukau! – “Meremang Masa Dia Terbang Tu”

Pempengaruh dan usahawan, Nur Sajat Kamaruzzaman memukau mata netizen apabila menunjukkan bakat di acara Halloween Challenge Slay To Stay di Sydney, Australia, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @sajatperempuanfuh, Sajat mengenakan solekan yang seram dan ‘lip sync’ sebuah lagu yang berjudul Lathi oleh Weird Genius & Sara Fajira.

Di dalam video tersebut, Sajat diangkat keudara seolah-olah sedang terbang sebelum menukar kostum kepada pemakaian batik yang diinspirasikan dalam filem seram KKN Desa Penari.

Bakat dan tariannya tersebut mendapat sambutan yang hangat daripada penonton yang hadir.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan bakat yang ditunjukkan Sajat.

Malah, ada yang tersilap menganggap karakter itu dibawakan oleh pelakon Sharifah Sakinah.

“Sajat sesuai berlakon cerita seram. Menjadi weh.

“Serius meremang gila and cantik nok.

“Aku nampak macam Sharifah Sakinah. Hahaha,” komen netizen.

Maya Basir