Featured By: Atiqah Johari June 22, 2022 @ 5:15pm

[VIDEO] Kes Pertuduhan Kekal, Yasin Sulaiman Minta Keluarkan Kanabis Daripada Narkotik – “Satu Dunia Dah Tahu, Kanabis Bukan Narkotik”

Perbicaraan semula kes selebriti dan juga komposer, Yasin Sulaiman dibicara semula berkaitan kes ganja di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Memetik daripada laporan Harian Metro, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, seksyen itu (Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952) kekal mengikut laporan kimia yang diterimanya petang kelmarin.

“Kes pertuduhan ini kekal dan kita memohon tarikh sebutan kes untuk serah dokumen kepada pihak pembelaan,” katanya.

Sehubungan tiu, peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata, pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkaitan.

“Terima kasih kepada pasukan pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat dan kita mohon dua minggu dari sekarang (sebutan kes) jika memadai,” katanya lagi.

Dalam pada itu, selepas selesai perbicaraan Yasin kelihatan tersenyum tenang ketika berjalan di hadapan media dan sempat menitipkan sebuah pesanan dengan menggesa supaya kerajaan Malaysia menggeluarkan kanabis daripada senarai narkotik.

“Kanabis bukan narkotik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan. Tuhan tak jadikan pohon kanabis sia-sia, pohon kanabis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai narkotik. Terima kasih semua,” katanya tenang.

Situasi tersebut berjaya dirakam dan dikongsikan menerusi laman Instagram sebuah portal berita selepas tamat perbicaraan semula kes.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sumber: Harian Metro, hlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

容祖儿刘浩龙被爆「苦恋5年」无果分手

容祖儿纵横香港乐坛10多年,影视歌三栖,「粤语天后」当之无愧,不过在感情这部分则是相当低调,和圈内男友刘浩龙至今交往5年,却在外界认为两人交往稳定之际,近日被爆已经分手,对此双方均未正面回应。

Featured Wed, 20 Nov 2019

Bandar raya lestari inspirasi koleksi terbaharu Uniqlo Malaysia

Penuhi keperluan jangka masa panjang pengguna

Hiburan Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Billie Eilish Menentang Perubahan Iklim Melalui Konsert, Peminat Pula Buat Sampah?

Aduh malunya kalau orang luar nampak rakyat Malaysia tak jaga kebersihan.

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

Watie Terima Tawaran Berlakon, Shuib Tak Beri Keizinan – “Awal-Awal Lagi Dah Ditolak”

Mesti best kan kalau dapat tengok Watie dengan Talita berlakon

Trending Sat, 28 Nov 2020
Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Amylea Azizan Kembali Lebih Menyengat

Turut diakui oleh ramai rakan artis bahawa duet nyanyian Amylea dan Kaer ini juga merupakan satu fenomena

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Tersalah Muatnaik Foto, Neelofa Mohon Maaf

Jangan kecoh-kecohkan keadaan, Lofa dah minta maaf tu…