Featured By: Maya Basir October 20, 2022 @ 5:50pm

[VIDEO] Kilang Kedua Khairul Aming Hampir Siap, Bakal Keluar Produk Baru

Pempengaruh dan usahawan selebriti, Khairul Aming akan membuka kilang kedua untuk memperluaskan lagi produk sambalnya iaitu Sambal Nyet Berapi.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia membuat lawatan dan menunjukkan perkembangan kilangnya yang hampir siap.

“Hari ni aku nak bawa korang jalan-jalan tengok update apa yang dah siap dekat dalam. Tak siap lagi seratus peratus tapi nak tunjuk progress so far,” katanya.

Buat masa ini, pendawaian elektrik, penghawa dingin dan pemasangan televisyen untuk memantau keselamatan melalui kamera litar tertutup sudah siap dipasang.

Kilang tersebut mempunyai lima ‘department’ dan ada lima bilik dimana tiga bilik bersaiz besar dan dua bilik bersaiz kecil.

Menurutnya, saiz kilang kedua ini lebih besar daripada kilang pertama dan dijangka boleh pindah masuk dua minggu lagi.

Malah, dia mendedahkan akan mengeluarkan produk baru tetapi masih dirahsiakan.

“Kilang ini saiz dia 22 ribu square feet, dia lagi besar dari kilang pertama iaitu hanya 14 ribu square feet.

“So, dia bukan untuk menampung Sambal Nyet je, akan ada produk kedua nanti tapi rahsia dulu lah. Tunggu siap nanti kita update,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 22 Feb 2022

Wah, Baby 22.02.22 Juga! Dapat Baby Boy, Jamal Abdillah Sambut Kelahiran Anak Kelima

Nampaknya tarikh 22.02.22 dimeriahkan dengan kelahiran anak selebriti tanah air! Selepas Kaka Azraff dan Syamel, penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 63, turut menyambut kelahiran anak kelimanya bersempena tarikh istimewa hari ini. Isteri Jamal, […]

Hiburan Sun, 11 Nov 2018

Nina Iskandar Belum Jemu Bawa Karakter Air Mata

Asyik bawa watak yang kena menangis, Nina Iskandar tak jemu ke?

Featured Fri, 23 Dec 2022
Trending Wed, 11 Sep 2019
Trending Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Thu, 12 Mar 2020
Trending Wed, 13 Nov 2019

Tangan Tercucuk Kulit Udang Ada Kuman Berbahaya

hanya kerana udang, lelaki ini maut selepas 3 hari tidak sedarkan diri

Featured Mon, 20 Apr 2020

Pashmina Bunga Citra Lestari serlahkan keayuan si pemakai

Cantik digayakan untuk pelbagai majlis