[VIDEO] Kongsi Momen Sambut Raya Di Tanah Suci, Nazim Othman Senyum Puas Dapat Cium Batu Kaabah

Pelakon Nazim Othman tampil berkongsi momen dirinya menyambut Aidilfitri sewaktu menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nazim turut berkongsi momen paling bermakna buatnya ketika dia dapat mencium batu kaabah.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu kelihatan berpuas hati dan tersenyum seusai dirinya mengucup batu itu biarpun diasak oleh ramai orang.

“Salam Aidilfitri dari kota Mekah. Maaf zahir dan batin,” tulisnya.

@nazothSalam Aildilfitri dari kota Mekah… maaf zahir dan batin 💫♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO

Kagum melihat momen tersebut, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya menerusi ruangan komen.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa sebak mereka selepas melihat kegigihan pelakon itu untuk mengecapi momen yang diimpikan oleh setiap umat Islam itu.

Fatin Nurain