[VIDEO] Kreatif! Netizen Terhibur Amyra Rosli Kembangkan Saiz Kasut Anak

Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli tersilap membeli saiz kasut anaknya yang lebih kecil daripada saiz sepatutnya.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Amyra menyarung kasut yang dipercayai milik Aqeef Anaqi atas tujuan untuk membesarkan saiznya.

“Bila beli kasut baru untuk anak lepas tu ketat nak masuk kaki jadi tugas Mommy lah untuk kembangkan kasut,” tulisnya.

@aamyrarosli8✌🏻

♬ SWIPE – ALYPH

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan Amyra tersebut.

“Kelakar lah kak Myra.

“Function kaki Mommy,” tulis netizen.

Malah, ada juga yang pernah melakukan perkara yang sama.

“Macam tu lah kakak aku tiap kali beli barang lepas tu tak muat suruh aku pakai bagi besar.

“Saya selalu rembat kasut adik sebab kaki mereka saiz 4,” kata netizen.

Maya Basir