Featured By: Aqilah Paharuzi October 28, 2022 @ 1:54pm

[VIDEO] “LMK Dah Jadi Bilal, Boleh Tengok…” – Neelofa Berseloroh, Netizen Terubat Rindu Dengar Gelak Tawa Ameera Khan

‘Kehilangan’ Ameera Khan iaitu adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa sehingga kini masih menjadi tanda tanya peminatnya yang secara tiba-tiba menyepi daripada media sosial.

Ameera bukan sahaja memadam semua gambar dan video di Instagram, malah turut tidak berkongsi sebarang perkembangan terkini mengenai dirinya.

Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story, Neelofa memuat naik foto Ameera dari belakang serta sempat memerli seperti anaknya, Muhammad Bilal kerana hanya boleh dilihat dari tepi.

“LMK (Little Miss Khan), dah macam Bilal… tengok sipi-sipi je boleh ok,” tulisnya dalam foto tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di TikTok, tular sebuah video suntingan dari TikTok live Neelofa yang dimuat naik oleh peminat selebriti ini.

Video tersebut memaparkan Neelofa bersama adiknya, Athisha Khan serta ibu mereka, Datin Noor Kartini sedang melayan peminat mereka yang bertanya mengenai keberadaan Ameera.

“LMK ada dekat depan, dia ganti Bilal sekarang. Baby (panggilan Ameera) cuba cakap sesuatu,” ujar Neelofa.

“Hello, apa khabar semua,” kata Ameera.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gurauan Neelofa pada adiknya serta ramai dalam kalangan netizen juga suka mendengar gelak tawa adik-beradik.

 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 100,000 tontonan, lebih 5,000 tanda suka dan 21 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hampir Setahun Mendiamkan Diri, Peminat Kecewa Penghijrahan Ameera Khan Teruk Dikecam – “Menghukum Jangan Sampai…”

Artikel Berkaitan: Kongsi ‘Kehilangan’ Adik Di Media Sosial, Neelofa Dedah Ameera Khan Sedang Jalani…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Jun 2018

手指上长出一整排臼齿「惊悚指甲彩绘」胆大才能驾驭

对于女人来说,有干净、漂亮的美甲,已经成为每天造型重要一环,想要来点新鲜的,可以挑战惊悚系指甲彩绘,在手指上打造出逼真的臼齿、鼻子,毛到让人头皮发麻,胆子够大才能驾驭。

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

《百爆秒剧》在马来西亚正式启航!60秒「剧」精彩

电影公司《百爆秒剧》马来西亚正式启航!9月正式开拍四部「秒剧」大片,势必改变观众观影的口味。

Trending Fri, 13 Mar 2020

Seorang Wanita Buta Pernah Meramal Wabak Covid-19 Pada Tahun 1996!

SEORANG wanita pernah menggemparkan dunia suatu waktu dahulu apabila pernah membuat ramalan tentang Brexit, satu serangan menara berkembar WTC beberapa dekad lalu. Hari ini nama wanita itu mula diperkatakan dan menjadi perhatian sekali lagi apabila […]