[VIDEO] “Meleleh Dengar! Dia Bercakap Pun Keluar Suara Sama…” Suara Persis Allahyarham Sudirman, Penyanyi Buskers Ini Curi Tumpuan

Dalam kita memperingati pemergian ke-30 tahun penyanyi lagenda yang dilabel sebagai The Singing Lawyer, Datuk Sudirman Haji Arshad, siapa sangka bakat anak muda ini juga mengingatkan kita kembali kepada suara evergreen itu.

Malah, menerusi perkongsian yang dibuat di Facebook oleh individu yang dikenali sebagai Noor Fadzlan ini ternyata mencuri tumpuan netizen apabila rata-rata nya mengakui suara remaja tersebut mirip suara Allahyarham.

Tidak serik dengan jolokan penyanyi klon, Arish Mikael, 19, bagaimanapun mahu bakatnya itu dikenali kerana muzik yang diperjuangkan dan bukannya sekadar ingin dikenali sebagai klon seorang penyanyi lagenda.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Arish menerusi hantaran terkini di instagram miliknya.

“Harapnya semua dalam keadaan baik-baik saja dan diberikan keindahan serta kebahagiaan di dalam hidup. Sangat berterima kasih di atas penghargaan yang diberikan.

“Tetapi, saya juga punya seni tersendiri yang ingin diperjuangkan, bukannya sekadar ingin dikenali sebagai klon seorang lagenda.

Tambahnya lagi, banyak perkara perlu dipelajari sebelum maju setapak lagi kehadapan kerana semuanya memerlukan masa dan beliau sendiri perlu banyak belajar.

“Ini bukanlah, permulaan sebenar perjalanan seni saya. Masih memerlukan masa dan semestinya perlu banyak belajar,” katanya.

Salma Syahbuddin