Featured By: Aqilah Paharuzi April 5, 2023 @ 4:07pm

[VIDEO] Menyorok Dari Anak, Emma Maembong Luah Perasaan… – “Kesian Dia Je, Kesian Aku Mana? Tak Ada Yang Offer Makanan Waktu Berbuka…”

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan gelagat pelakon jelita, Emma Maembong menyorok dan melarikan diri dari anak sulungnya, Shariq Gabriel.

Menerusi video tersebut, Emma yang sedang menanti waktu berbuka bersama keluarga menyorok di belakang pintu ketika anaknya memanggilnya.

“Dia panggil kau (Emma). Kesian la dia panggil Ma Maa..,” kata salah seorang ahli keluarganya.

Susulan itu, Emma mempersoalkan tindakan rakan dan keluarganya yang tidak membantunya atau menghulurkan makanan untuk berbuka sewaktu dia menjaga anaknya.

“Kesian? Aku dekat atas lantai daripada tadi ada orang kesian dekat aku? Tak ada kan. Aku tunggu je orang offer makanan. Semua lalu lalang buat tak tahu je.

“Ada orang ambik makanan untuk aku berbuka puasa? Tak ada kan. Fikir kesian dia, kesian aku macam mana?,” ujarnya sambil membuat mimik muka geram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita memahami luahan hati Emma itu.

“Perasaan Emma mewakili ibu-ibu yang struggle waktu berbuka puasa,” kata netizen.

Ramai dalam kalangan netizen terhibur melihat aktres drama Ajari Playboy Itu menjadi singa.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 4.5 juta tontonan, 317,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 May 2018

Siti Sarah & Shuib Bakal Menjadi Tetamu Allah

Siti Sarah & Shuib Bakal Menjadi Tetamu Allah berkongsi apa yang paling penting sekarang persediaan dari segi mental dan fizikal.

Trending Wed, 18 Nov 2020

Pemberian Elaun Khas Covid-19 Secara Bersasar

Jasa frontliners buat negara..

Trending Fri, 1 Nov 2019

GOT Fans, Are You Ready For The Next Throne? Game Of Throne’s Prequel ‘House Of Dragon’ Will Be Coming Soon On HBO

Game of Thrones fans, are you ready for this prequel to put you on tenterhooks?

Featured Wed, 28 Sep 2022

Susulan Isu Nafkah Anak DDNK, Rita Rudaini Pula ‘Buka Mulut’ Bekas Suami Cuma Beri…

Kita semua tuntut ‘di sana’, biar mereka bergembira di dunia – Rita Rudaini

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Fri, 25 May 2018

Leher Anda Hitam? Gunakan Buah Betik Untuk Hilangkannya!

Atasi masalah kulit leher hitam dengan menggunakan buah betik sahaja!

Trending Fri, 8 May 2020

KKM Kesan Kluster Libatkan ‘Pak Guard’ Di Pusat Beli Belah

jangan lupa amalkan penjarakan sosial tau korang!