[VIDEO] Mewahnya! Azah Aziz Kongsi Rumah Keduanya Di Dubai, Berlatarbelakangkan Menara Burj Khalifa!

Pelakon dan model terkenal era 90-an, Azah Aziz sekali lagi menjadi perhatian selepas berkongsi sebuah video di Dubai, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Azah atau nama lengkapnya Norazah Aziz, 50, memuat naik sebuah video yang memaparkan dia di Dubai dipercayai rumah keduanya.

Menurut Azah, rumahnya di kota metropolis tersebut kini didiami oleh anak lelakinya iaitu Ryan.

“Dubai. Rumah keduaku, akhirnya dapat berjumpa dengan anak lelakiku, Ryan.

“Ryan tinggal di Dubai, dia sukakan di sini. Kenalah gayanya yang suka kereta mewah,” tulis Azah.

Dalam video pendek tersebut, Azah mempamerkan pemandangan daripada rumahnya di waktu siang dan malam.

Lebih mengujakan, rumah tersebut turut mempunyai pemandangan yang indah apabila berhadapan dengan menara ikonik tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat turut teruja melihat keindahan dan kemewahan di Dubai.

Terdahulu, Azah memaklumkan dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk kembali menetap di Malaysia selepas 20 tahun berhijrah ke Kanada.

Untuk info, Azah berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah pada 1995 dan sejak itu dia menetap di Montreal, Kanada.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20 dan Justin, 17.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azah Aziz Catwalk Curi Perhatian, Buat ‘Comeback’ Selepas 13 Tahun – “Macam Remaja…Ini Baru Legend”

ARTIKEL BERKAITAN: Azah Aziz Pulang Ke Tanah Air Selepas Lebih 20 Tahun Menetap Di Kanada! – “Permulaan Yang Baharu…Anak-Anak Paling Excited”

Khairil Khusyairi