Featured By: Salma Syahbuddin February 2, 2023 @ 4:19pm

[VIDEO] Muat Naik Foto Noah Sinclair Di IG, Tapi Kelibat Anjing Dalam Rumah BCL Jadi Tumpuan

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik foto anaknya, Noah Aidan Sinclair menerusi Instagram Stories (IGS) miliknya pada Rabu.

Menerusi perkongsian tersebut, BCL sempat merakamkan momen hari pertama anak tunggalnya itu memulakan persekolahan sebagai pelajar Sekolah Menengah Pertama (SMP) sebelum menghantarnya ke sekolah.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah, kelibat binatang peliharan BCL yang dilihat lincah mengikuti Noah ke kereta.

Susulan video tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan BCL memelihara anjing di dalam rumahnya memandangkan penyanyi itu beragama Islam.

Namun, ada juga yang tampil menjelaskan bahawa penduduk Indonesia sudah sinonim dengan cara hidup dan pemahaman sebegitu.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 53,000 tanda suka beserta komen sejak ia di muat naik pada Rabu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Mar 2019

Posisi tidur yang betul dapat menjamin keselamatan nyawa bayi anda

Panduan ini dapat bantu bayi tidur dengan nyenyak!

Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

7 Bandar Ideal Untuk Pengembara Solo

Jika anda tak pasti ke mana nak pergi, tengoklah senarai ini.

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Wany Kecil Hati Dituduh Hipokrit?

Baru-baru ini, ada komen di media sosial yang cakap saya hipokrit. Kadang-kadang saya terfikir, individu yang komen begitu pernah tak terfikir jika dia ditempat saya, apa agaknya perasaan dia?

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

《比悲伤》首日开映票房破百万!导演林孝谦放话「带双豪来谢票」

《比悲伤更悲伤的故事》首日开映票房累积破百万令吉!导演林孝谦放话 “带刘以豪和张书豪来谢票!”

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Saharul Ridzwan Terima Ugutan Bunuh

Saharul Ridzwan Terima Ugutan Bunuh Melalui DM Instagram

Trending Mon, 24 Aug 2020
Trending Mon, 20 Aug 2018

Media Prima Berhad Raih Anugerah Spark 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad sekali lagi meraih Anugerah Spark 2018 sekaligus mendapat kepujian antara Syarikat Media Terbaik Asia Tenggara

Events Thu, 12 Jul 2018

Tuah Anak Yatim Berkunjung Ke Sunway Lagoon!

Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang berpeluang untuk menikmati keseronokan yang mereka tidak pernah rasai dengan anjuran dari pihak Sunway Lagoon…

Featured Mon, 29 Jul 2019

| Live TV