Featured By: Atiqah Johari September 15, 2022 @ 1:08am

[VIDEO] Muncul Dalam MV Kekasih Pujaan Berbaju Melayu, Nur Sajat Bangga Sejak Kecil Jadi Rebutan – “Korang Tak Mampu Nyah”

Baru-baru ini, tular sebuah muzik video penyanyi Datuk Sharifah Aini yang berjudul Kekasih Pujaan yang dikongsi oleh pengguna di TikTok.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai ialah penampilan seorang usahawan kontroversi, Nur Sajat yang mengenakan persalinan baju Melayu lengkap bersongkok dalam muzik video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lengkap Berbaju Melayu, Nur Sajat Pernah Membintangi Klip Video Karaoke?

Susulan itu, menerusi sebuah video sesi siaran langsungnya yang dikongsi pengguna TikTok, Sajat mengakui bahawa individu dalam muzik video tersebut adalah dirinya.

Tambah, usahawan itu sempat ‘membahan’ warganet dengan menyatakan dirinya sejak kecil sudah popular.

“Kenapa? Memang I pun… Kenapa cantik sangat I? Dah kenapa video tu? Cantik? Lawa? Haa baru korang tahu yang betapa cantiknya Sajat daripada dulu.

“Sikit habuk pun tak ada buat muka, muka daripada dulu sama je.

“You all kena fikir eh, muka I dengan muka you.. muka I daripada kecil orang dah nak ambil video klip. Muka you ada orang nak ambil video klip? Lambat lagi…,” kata Sajat sambil ketawa.

Jelasnya lagi, dia tidak malu dengan video klip tersebut malah berbangga kerana daripada kecil ramai orang berebut untuk ambilnya dalam video klip.

“Tak perlu nak malu, patutnya kita bangga… I tak malu langsung sebab I memang daripada kecil memang tak ada bulu nok! Memang perempuan.

“Daripada kecil pun orang dah berebut-rebut nak ambil kita (Sajat) untuk jadi dalam video klip. Muka you all? Lambat lagi nak keluar video klip, bukan setakat video klip lalu lalang jadi prop pun belum tentu,” ujarnya berseloroh.

@brooonoook Ye memang aku kenapa??🤣 #sajat #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fypシ ♬ original sound – brooonoook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Masya Masyitah Akui Punyai Kekuatan Vokalnya Tersendiri

Kalau nak tahu sedap ke tak suara Masya Masyitah ni, jangan lupa dengar lagu Halimunan okay!

Trending Tue, 27 Oct 2020
Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Siti Muat Naik Suara Tangisan “Puteri Rasullullah!”

Wah! Nampak gayanya Fatimah-Az-Zahra dah ada nama tanda pagar #BabyCTDK.

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Hidup Kami Tak Lengkap Kalau…’ -One Avenue Band

Tak sabar nak dengar single terbaru OAB, mesti lagi syahdu!

Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Wed, 21 Feb 2024