Featured By: Aqilah Paharuzi November 29, 2022 @ 6:11pm

[VIDEO] “Nak Lawan Orang ‘Keras’, Kena Berlembut…” – Pertama Kali Bekerjasama, Yasmin Hani Kongsi Cara Hadapi Momen ‘Menyirap’ Sheila Rusly 

Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani mendedahkan pengalaman pertamanya bekerja bersama pengarah tersohor, Sheila Rusly dalam sebuah program masakan Dapur Tempur, TV9.

Menurut Yasmin, karakter Sheila sebagai seorang tegas dalam program tersebut sebenarnya langsung tidak dirancang.

“Saya faham kenapa dia (Sheila Rusly) jadi macam tu. Bukan momen dramatik, tapi menyirap. Dapur Tempur ni bukan sebuah progam yang dirancang atau scripted.

“Bila dia jerit tu kadang kala buat saya terfikir, perlu ke? Tapi bila fikir secara logik, kalau saya berada di tempat dia saya juga akan lakukan tempat sama. Jika tidak, orang akan persoalkan kredibilitinya dalam masakan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yasmin Hani Akui Sanggup Berlapar Asalkan Kebersihan Rumah Terjaga – “Dapur Berasap Tapi Kotor Berlemuih?”

Artikel Berkaitan: Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

“Kalau peserta tu tak ditegur dan berada di tempat yang sama dalam episode seterusnya, maka perkara tersebut akan merosakkan imej.

“Saya bukan dia, dan saya bukan sesiapa untuk perbetulkan karakter dia. Saya suka masakan dia, apa yang dia buat selalu nampak cantik.

“Saya nampak kenapa dia jadi macam tu setiap kali dia menegur peserta. Dia nak semua orang boleh dan mampu buat perkara sama dalam masakan,” katanya.

Disoal bagaimana sebagai host berdepan situasi tersebut, Yasmin berkata dia cuba untuk bersikap neutral dan hanya akan beri respons bergantung pada situasi.

“Kalau satu pihak dah jadi ‘singa’, tengah marah kita diam je bagi dia cool down sendiri. Saya sebagai host apabila keadaan dah terlampau panas, kena tengok situasi sebelum mencelah.

“Bila keadaan dah sedikit reda, saya akan mencelah dan mempertahankan semua peserta. Nak lawan orang yang ‘keras’, saya kena berlawan dengan nada yang lembut. Kadang kala saya diamkan saja.

“Ini memang karakter Sis Sheila. Walaupun baru pertama kali kami bekerjasama, tapi saya faham dia. Saya tak nak jadi seorang yang cepat melatah atau mengkritik. Saya faham kenapa Sis (Sheila) jadi macam tu selepas lama berfikir,” jelasnya yang ditemui semasa pelancaran program Dapur Tempur baru-baru ini.

Jangan lupa saksikan program masakan terbaharu , Dapur Tempur setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Jelajah Tiga Negara, Siti Nurhaliza Ajak Penonton Imbau Kenangan Lama

Pengarah muzik iaitu Aubrey Suwito akan memimpin susunan lagu dengan memilih sendiri para pemuzik yang bakal mengiringi konsert jelajah tiga negara ini.

Featured Thu, 9 Mar 2023

[VIDEO] “Macam Mana Nak Perah Tu Sis?” – Netizen Tegur Cara Potong Limau Nipis Salah, Peminat Pertahankan Elisya Sandha

Alahaiii, kesian Elisya! Tak apa its not too late untuk belajar lebih dalam lagi kan 🥰 Ibu mentua pun hebat dalam memasak 🥰

Trending Mon, 29 Jan 2018

LADY CRASHES CAR INTO STAIRCASE AFTER SEEING COCKROACH IN CAR

Cockroaches are scary as heck, but imagine seeing one right inside your car while driving!

Featured Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Thu, 24 May 2018

Panas! Faye Kusairi Mengamuk Mahu Pertahankan Suami

Terbaru, pelakon dan juga isteri kepada Azmi Hatta, Faye Kusairi bagaimanapun tampil mempertahankan suaminya itu dengan menjawab tuduhan tersebut melalui ruangan komen instagramnya selepas suaminya itu dihentam pelbagai persoalan

Trending Mon, 1 Mar 2021
Featured Tue, 29 Oct 2019