[VIDEO] Nasihat Para Wanita Untuk Tak Mengungkit & Ikhlas Maafkan Lelaki, Netizen Kritik Watie Hanifiah – “Belum Kena Kat Batang Hidung…”

Kekasih hati pelawak sensasi, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi sebuah tips untuk ikhlas memaafkan lelaki yang melukakan hati para wanita.

Dalam video tular berdurasi 48 saat itu, Watie berkata sebagai wanita tidak boleh mengungkit kesilapan lelaki terutamanya apabila sudah ikhlas memaafkan.

“Bila dia minta maaf, kita sebagai wanita tak boleh mengungkit salah dia. Memaafkan itu bermakna awak dah terima secara terbuka dan tutup cerita yang lama.

“Kadang kala lelaki ini bila dia ikhlas meminta maaf dan kita pun terima maaf dia, tapi ada masa kita ungkit balik kesalahan dia.

“Lama-lama dia akan rasa macam menyesal berubah menjadi baik sebab akhirnya kita tetap akan mengungkit atau perli segala kesilapan dia. Perkara itu boleh mencabar kesabaran dia,” katanya dalam video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Watie itu. Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang mengkritik Watie kerana dikatakan belum pernah terluka lagi.

“Tak kahwin lagi boleh la.. Cuba dah kahwin nanti angin juga,” tulis netizen.

Sebelum ini, tular sebuah video Watie bersama anak-anak Shuib sedang bermain lato-lato menarik perhatian netizen yang tertumpu kepada suaranya persis seperti allahyarhamah Siti Sarah.

Shuib juga tidak lagi berselindung mengenai hubungan percintaannya bersama pilihan hatinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Didakwa Bercinta Dengan Shuib Kerana Kekayaan, Netizen ‘Backup’ Watie Hanifiah – “Dia Pun Ada Bisnes Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Kongsi Video Anak Shuib Ajar Main Lato-Lato, Netizen Kata Suara Persis Arwah Siti Sarah?

Aqilah Paharuzi