Featured By: Aqilah Paharuzi August 24, 2022 @ 8:19pm

[VIDEO] Neelofa Kongsi Pesanan Tentang Persiapan Diri Sebelum Berkahwin – “Dalami Ilmu Rumah Tangga & Ikut Saranan Agama, Maka Percayalah….”

Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail atau lebih mesra disapa Pu Riz berkongsi pemahaman mereka dalam mempersiapkan diri sebelum bertemu jodoh serta menjalani hidup berumah tangga.

Pasangan sejoli itu bercerita pengalaman dan pendapat mereka dalam satu majlis dakwah motivasi yang dianjurkan oleh Naelofar Spiritual Summit 2022 pada 20 dan 21 August lalu.

Video berdurasi 9:07 saat itu tular di aplikasi TikTok telah meraih perhatian netizen yang tertarik dengan mesej yang disampaikan oleh Neelofa.

Menurut Neelofa yang juga merupakan bekas pelakon, dia menyedari tentang erti sebenar sebuah perkahwinan sebaik sahaja mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

“Ini salah satu turning point ataupun kesedaran saya yang besar tentang perkahwinan dan jodoh. Sebenarnya, dulu kalau orang tanya saya nasihat sebelum berkahwin, saya tiada jawapan sebab tak tahu nak pesan apa.

“Sekarang bila kita faham apa itu perkahwinan, apa itu kehidupan selepas akad saya ada satu pesanan untuk semua,” katanya.

Sementara itu, Neelofa turut menyarankan kepada wanita diluar sana yang sedang menanti hari bergelar seorang isteri, untuk mendalami ilmu rumah tangga, terutamanya dalam hak-hak pasangan suami isteri.

“Belajarlah ilmu rumah tangga, tentang hak-hak seorang isteri dan juga suami. Kalau tak faham tentang ilmu perkahwinan, erti sebenar dalam tanggungjawab sebagai suami isteri, maka banyaklah kesusahan, kepayahan dan cabaran yang kita kena tanggung.

“Sebab kalau isteri tak tahu apa yang kita kena buat dalam rumah tangga, dan suami sebagai ketua keluarga tak main peranan, perkara tersebut akan terpesong jauh.

“Secara ringkasnya, tanggungjawab suami adalah untuk mencari nafkah dan menanggung keluarga dari segi menyediakan rumah, makanan, pakaian dan sebagainya.

“Percayalah, bila kita mengikut segala saranan dan panduan yang agama sediakan, kesejahteraan, sakinah, ketenangan, kehormatan dan keberkatan akan turun dalam keluarga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, PU Riz turut menambah dengan berkata sebagai suami diberi tanggungjawab untuk menyediakan makanan. Namun, sekiranya isteri ada inisiatif untuk memasak, maka itu adalah perkara terbesar dalam hidup seorang lelaki.

“Paling utama, kita perlu meraikan setiap perkara yang isteri lakukan untuk kita. Ucap terima kasih, puji masakan dia,” ujarnya.

@nurliyanaismazaini

#spiritualsummit2022 🦋 persiapan diri sebelum berkahwin. @neelofa

♬ original sound – Nurliyana Ismazaini – Nurliyana Ismazaini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 May 2018

13 Fun Facts About BTS Anyone Should Know

If you’re a new fan, you might want to know some of these things.

Featured Thu, 14 Apr 2022

Lebih 11 Tahun Syauqi Danial Simpan Hasrat Nak Jadi Penyanyi

Bermulalah perjalanan penyanyi baru, Syauqi Danial yang sudah lama menyimpan hasrat menjadi penyanyi.

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

BIGBANG太阳4年恋情开花结果!与闵孝琳明年2月结婚

韩国男团BIGBANG成员太阳与闵孝琳在2015年6月公开恋情,至今已交往了超过两年时间;日前两人更是被爆将在明年2月结婚,不久后两人的经纪公司先后确认了该消息!

Featured Sun, 17 Apr 2022

“Keputusan Saya Untuk Pulang ke Malaysia Adalah Disebabkan…” – Kes Pelanggaran Kontrak Ben Amir Akhirnya Selesai

Kes pelanggaran kontrak Ben Amir dengan syarikat produksi telah selesaikan di mahkamah.

Featured Tue, 27 Aug 2019
Hiburan Sat, 13 Jul 2019

Alhamdulillah, I’m A Mother- Juliana Evans

Pelakon drama Mimpi Sabrina ini memuat naik sekeping foto dan mengucapkan syukur.

Trending Fri, 5 Jul 2019
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

| Live TV