[VIDEO] Neelofa Tak Kisah Jika Anak-Anak Ceburi Bidang Bisnes Kelak – “Saya Rasa Tak Mustahil Untuk…”

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa, menjadi perhatian apabila apabila tular sebuah video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), bekas pengacara program majalah popular TV3, Nona itu tampil menjawab pertanyaan peminat di media sosial.

“Neelofa nak ke anak-anak menceburi bidang perniagaan?,” soal seorang peminat.

Menjawab pertanyaan itu, Neelofa berkata tidak mustahil sekiranya cahaya matanya akan menceburi bidang perniagaan kelak.

“Semenjak datuk saya lagi keluarga saya dah sebati dengan dunia bisnes, saya rasa tak mustahil untuk anak saya terinspirasi dalam bidang sama.

“Saya juga tak lokek untuk berkongsi cerita pengalaman saya dalam dunia bisnes, dorong dan bagi nasihat kepadanya.

“Saya tak tahu apa minatnya kelak. Sebab kalau bagi suami saya, mungkin dia mahukan sesuatu yang berbeza. Kami juga belum tahu, kita lihat saja nanti,” kongsinya ringkas.

Umum mengetahui Neelofa adalah seorang usahawan yang mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan seperti produk hijab dan pakaian muslimah serta produk kesihatan dan kecantikan.

Lebih manis, nama Neelofa turut mencipta magis apabila menjadi antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

Kini, Neelofa giat menjalankan perniagaan bersama suaminya yang juga selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz.

Khairil Khusyairi