Featured By: Aqilah Paharuzi October 18, 2022 @ 3:10pm

[VIDEO] Netizen Dakwa Corak ‘Tattoo’ Tanda Salib, Ini Respons Padu Aaron Aziz – “Buka Minda! Kalau Aku Pakai…”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz tampil membidas komen negatif segelintir netizen yang mendakwa dirinya memakai tatu bertanda salib.

Ia ekoran sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini apabila dihujani komen netizen yang mempertikaikan pemilihan tatu aktor berbadan sasa ini.

Susulan itu, aktor filem KL Gangster ini menjawab dakwaan netizen menerusi sebuah video di akaun TikTok miliknya pada Isnin.

Menurutnya, corak tatu yang tertera di lehernya itu adalah berbentuk pisau Dagger.

“Itu bukan tanda salib, itu Dagger. Korang ingat aku ni kafir ke apa? Itu pisau… semua pisau mesti ada batang yang ada bentuk macam tu.

“Lain la kalau aku pakai Butter knife untuk spread butter jam, nutella semua tu. Tak akan nak pakai pisau tu. Dagger bukan salib!” katanya dalam nada tegas.

Dalam pada itu, Aaron turut memberi pesanan kepada seluruh pengikutnya untuk membuka minda serta tidak terus memikirkan perkara negatif.

“Buka minda, husnuzon sikit,” ujarnya sambil menjelir lidah dihujung video tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram Aaron, difahamkan corak tatu dagger itu adalah salah satu elemen watak beliau dalam filem terbaharu ‘The Original Gangster’ arahan pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 732,000 tontonan, 53,000 tanda suka dan 1,187 komen.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai nampaknya pengikut yang terhibur dengan aksi dan gelagat beliau.

Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Stalk Mesej Anak Perempuan di Instagram

Artikel Berkaitan: Bergantung Dengan Ubat Tahan Sakit, Aaron Aziz Rela Sakit Demi Yuran Pengajian Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Dec 2021
Events Tue, 12 Jul 2022
Featured Fri, 21 Oct 2022

“Jangan Ikut Ye, Mencarut Naik Flying Fox.. Lebih Baik Berselawat” – Netizen Label Ratu Over

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai mengenali Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ dan tarian yang mencuit hati penonton. Menggunakan nama @ratufarahdiva di laman sosial tersebut, gadis berusia 27 tahun

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

‘ Takde Job? Jangan Salahkan Syarikat Produksi’- Lan Siro

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tak gitu?

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

‘Berjanggut’ tunggu Zul Ariffin!

Penggarambaran untuk filem berkenaan dijangka bermula hujung April namun sementara itu Zul Ariffin juga akan terlibat dalam sebuah lagi filem bergenre seram di bawah Skop Productions arahan Syafiq Yusuf.

Featured Thu, 24 Nov 2022
Trending Sun, 14 Feb 2021

Kilafairy Enggan Rancang Soal Jodoh

Penyanyi dan pelakon Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 29, enggan merancang soal jodoh. Mengaku sudah mempunyai kekasih hati, Kilafairy telah mengenali lelaki ini selama 10 tahun. “Hal sebegini saya serahkan kepada pihak

| Live TV