Featured By: Aqilah Paharuzi December 15, 2022 @ 3:47pm

[VIDEO] Netizen Terhibur Jebat Jayden Tiru Gaya Sharnaaz Ahmad Cakap Telefon – “Dah Menggugat Karier Saya Dalam Industri”

Pelakon, Sharnaaz Ahmad, 37, berkongsi sebuah video memaparkan gelagat putera sulungnya, Jebat Jayden, 4, di Instagram miliknya telah meraih perhatian ramai.

Video tersebut memaparkan Jebat sedang bercakap telefon seperti gaya Sharnaaz dan berceloteh menunjukkan arah.

“Mummy dia hantar video ni dari Dubai.. Cek cik yang rakam. Dia tiru cara aku cakap telefon! Ni dah menggugat karier aku dalam industri..

“Kepada produser, saya masih relevant!,” tulis Sharnaaz di ruang kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Jebat yang tertumpu pada caranya memegang telefon terbalik.

Rakan selebriti, penyampai radio dan pelakon, Elizad Sharifuddin serta penyanyi, Black Hanifah turut meluahkan rasa teruja terhadap kecomelan dan kepandaian Jebat.

Sekadar info, Sharnaaz pernah berkahwin bersama Noor Nabila pada tahun 2017 namun bercerai pada tahun 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022
Featured Wed, 15 Apr 2020
Featured Mon, 14 Oct 2019

Impikan perkahwinan di dalam jet peribadi? Dengan RM50,000 anda mampu melaksanakannya!

Pakej ini hanya boleh didapati menerusi perkhidmatan Efinair!

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Ini Tips Berjaya Versi Vivy Yusof !

Rata-rata followers dan yang menjadikan wanita ini sebagai inspirasi bersetuju terhadap kenyataan yang dibuat oleh Vivy

Trending Tue, 12 Mar 2019

Wanita diserang harimau bintang setelah memanjat pagar untuk swafoto

Hendak mengambil gambar pun, perlu fikir keselamatan diri juga.

| Live TV