[VIDEO] Netizen Terkejut, Shaheizy Sam ‘Denda’ Anak Baca Surah Al-Baqarah – “Kalau Macam Ni, Kita Pun Belum Tentu Hafal”

Pelakon popular, Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin mencuri perhatian selepas video sesi siaran langsung  yang dikongsikan semula oleh peminatnya tular di platform TikTok.

Menerusi video berdurasi 33 saat yang dikongsikan, kelihatan Melveena Melvin atau lebih mesra dengan panggilan Baby sedang menyuap makanan kepada anak buahnya, Safa Safeera sebelum berlaku pergaduhan antara anak-anak, Syatilla.

“Tengah tengok live Baby, sekali dengar suara tegas Shaheizy Sam,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Bagaimanapun, tidak menyangka keadaan menjadi riuh, Melveena kelihatan terkejut sebaik sahaja abang iparnya itu memanggil anak sulungnya, Sheriv dengan nada tegas sebelum menyuruh anaknya itu membaca surah Al-Baqarah sebagai ‘denda’ gara-gara menjadi penyebab adiknya menangis.

“Sheriv mari duduk! You buat adik apa? You baca surah Al-Baqarah sekarang!

“Sheriv ni kalau dia buat salah, suruh dia baca surah Al-Baqarah je,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut namun memuji sikap tegas yang ditunjukkan pasangan ini dalam mendidik anak-anak mereka.

Bahkan, turut berasa kagum dengan kebolehan anak-anak Shaheizy kerana mampu menghafal surah Al-Baqarah seperti yang diminta bapa mereka.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 51,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin

Recent Posts

Bergaya, Berpatutan & Storan Sehingga 512GB – HONOR 200 Lite Kini Di Malaysia!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia…

18 hours ago