[VIDEO] Nyanyian Liza Hanim Bersama Dua Anak Gadisnya Dapat Perhatian Warganet – “Aura Vokal Terbaik Menurun Ke Anak”

Perkongsian penyanyi Liza Hanim berpadu suara bersama anak gadisnya mendapat perhatian warganet di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini memuat naik rakaman yang memaparkan dia bersama dua anak perempuannya sedang membuat persembahan di sebuah acara.

Rakaman berdurasi lebih 3 minit itu menyaksikan Liza Hanim bersama anaknya iaitu Marsya dan Marissa mendendangkan lagu popular Beribu Sesalan dia atas pentas.

“Kali pertama menyanyi bertiga dengan anak-anak dara.

“Istimewa kerana mereka berdua ada kisah tersendiri dan milestones penting dalam kerjaya saya,” tulisnya gembira.

Lebih mengujakan, persembahan tiga beranak itu mendapat perhatian para penonton kerana kehebatan vokal yang dipamerkan.

Difahamkan, Marsya juga pernah bergandingan bersama ibunya itu di sebuah konsert dan Marissa pula kali pertama menyanyi bersama di atas pentas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan nyanyian anak gadis Liza Hanim di acara tersebut. Malah ramai juga yang memuji kelunakan suara tiga beranak itu dalam menyampaikan lagu tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 70,000 tontonan dan 7,000 tanda suka.

Untuk info, Liza Hanim akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL 37)  bergandingan bersama penyanyi Shila Amzah menerusi lagu Bahagiakan Dia pada 12 Februari depan.

AJL 37 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil, anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023.

Khairil Khusyairi