Featured By: Aqilah Paharuzi January 16, 2023 @ 3:26pm

[VIDEO] “Orang Paling Dekat Akan Rembat Laki Kita, Jaga-Jaga…” – Che Ta Usik Zain Saidin ‘Makan Beradab’ Dengan…

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta meraih perhatian selepas berkongsi sebuah video di TikTok mengusik suaminya, Zain Saidin.

Video yang dimuat naik menerusi akaun suaminya itu telah mencuit hati ramai pihak yang terhibur mendengar celoteh Che Ta.

Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, Che Ta sedang merakam sambil berleter kepada suaminya yang sedang menjamu selera bersama pempengaruh, Nur Khalaf.

“Awak semua kena jaga-jaga ya dengan kawan. Orang yang paling dekat dengan kita ialah orang yang akan rembat laki kita.

“Mula-mula makan sekali, lepastu makan beradab la. Kau sondol laki aku eh? Hari ini menggatal, eh jangan ambik laki kita ya.. Laki orang lain tak apa,” katanya dalam nada bergurau kepada Khalaf.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pesanan pedas Che Ta berkaitan isu hangat masa kini iaitu ‘menyondol suami orang’.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 61,000 tontonan, lebih 1,000 tanda suka dan 60 komen.

Sekadar info, Che Ta dan Zain berkahwin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, sembilan tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy, 27, dan Aniq Ezzra, 25.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Jan 2022

Saintis Namakan Pokok Spesis Baru Leonardo DiCaprio

Sekumpulan saintis antarabangsa di Royal Botanic Kew Gardens London dan Herbarium Kebangsaan Cameroon telah memberi penghormatan kepada pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio yang juga merupakan aktivis alam sekitar dengan menamakan spesis pokok tropika baharu dengan

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Hati Rita Rudaini Robek Lagi?

Semoga Pekan segera ditemui, sabar ya…

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Farah Diana Mahu ‘Pancing’ Ernie Zakri

Tidak menolak merakam single bergenre ‘jiwang’.

Trending Wed, 21 Nov 2018

日本麦当劳推「超Q」薯条饮料提篮!

说到日本就一定会跟「限定」扯上边!日本麦当劳今年冬天不仅推出了许多限定餐点,还与Sanrio三丽鸥及TOMY PLARAIL铁道王国合作,推出了超实用的饮料提篮!

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Bapa Tiri Jutawan Bukan ‘Lesen’ Nak Hidup Mewah

Tidak bermakna saya boleh menggunakan kesempatan atas kekayaan Daddy untuk kepentingan sendiri. 

Hiburan Sat, 30 Jul 2022

Seorang Demi Seorang Meninggal Dunia, Hazama ‘Elak’ Nak Nyanyi Lagu ‘Terakhir Buat Teman’

“Sebenarnya, judul asal lagu ini adalah Nota Terakhir” – Hazama

| Live TV