Events By: Salma Syahbuddin January 31, 2023 @ 2:38pm

[VIDEO] Pandainya! Penangan Lagu Munbe Vaa Versi Siti Nurhaliza Tular, Aafiyah Spontan Tunjuk Bakat Nyanyi Lagu Tamil

Selepas nyanyian lagu Tamil klasik berjudul Munbe Vaa nyanyian Daruk Seri Siti Nurhaliza tular di media sosial dan mendapat perhatian rata-rata pemuzik terkenal negara itu, siapa sangka anak sulung penyanyi itu juga, berjaya menghafal dan menyanyikan lagu tersebut.

Perkara itu dikongsi Siti menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya pada Isnin sebelum dimuat naik semula oleh penyanyi dan komposer terkenal, AR Rahman.

Menerusi video tersebut, Aafiyah secara spontan menyanyikan lagu tersebut dengan kapsyen yang ditulis Siti ‘Aafiyah pun dah hafal’.

 

Terdahulu, nama Siti Nurhaliza menjadi sohor kini di platform media sosial selepas berjaya memukau lebih 60,000 penonton yang hadir pada konsert AR Rahman – Secret of Success Live in Malaysia 2023 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Bahkan, penyanyi popular Shreya Goshal menerusi ciapannya di Twitter juga mengakui dan mengagumi bakat Siti Nurhaliza selepas lagu tersebut dibawakan dengan baik sekali pada malam tersebut.

“Penyanyi Malaysia Siti Nurhaliza mengambil alih menyanyikan lagu Munbe Vaa. 

“Saya sangat gementar untuknya, tetapi dia membuatkan semua orang terbuai dengan nyanyiannya dan membuatkan orang memberi tepukan gemuruh kepadanya.

“Dia tidak bercakap dalam bahasa Tamil, dan dia seorang Melayu, Itulah yang menjadikannya lebih istimewa,” kongsinya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 17 Jul 2021

Beri Bantuan Barangan Asas, Neelofa Hulur Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan menerusi penyerahan sumbangan barangan asas sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Neelofa menghulurkan bantuan menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar dengan kerjasama Pertubuhan Kasih

Featured Wed, 3 Nov 2021

Gadis Sebak Dapat Pulang Ke Tanah Air Selepas Dua Tahun Tanggung Rindu

Berkhidmat sebagai barisan hadapan semasa pandemik sememangnya tidak mudah. Bukan sahaja sibuk dengan tugasan yang perlu dipikul malah terpaksa tinggal berjauhan dan menanggung rindu terhadap keluarga. Itulah yang dilalui oleh seorang gadis yang bekerja sebagai

Trending Mon, 11 Jan 2021
Trending Wed, 4 Jul 2018

Pemergian Anak Syurga, Jenazah Adam Rayqal Dikebumi Malam Ini

Al- Fatihah…Jenazah Adam Rayqal Mohd. Sufi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam ini.

Trending Tue, 10 Mar 2020

“Babak Pertama, Episod Baharu” – Cipta Sejarah Dilantik Menteri, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Titip Ucapan

Alhamdulillah. semoga diberi kekuatan dan upaya untuk memimpin dan laksanakan amanat yang diberi

Trending Sat, 14 Apr 2018

Pesawat Terbesar Di Dunia Mendarat Di KLIA

Juruterbangnya, Antonov Dmytrov memberitahu bahawa Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

Events Mon, 7 Oct 2019

CJ WOW SHOP Sasar RM100K Jualan Menerusi Platform Mudah Alih

Wow! Apa tunggu lagi? Jommm beli belah di CJ WOW SHOP pada 5 & 6 Oktober ni okay!

| Live TV