[VIDEO] Pandainya! Penangan Lagu Munbe Vaa Versi Siti Nurhaliza Tular, Aafiyah Spontan Tunjuk Bakat Nyanyi Lagu Tamil

Selepas nyanyian lagu Tamil klasik berjudul Munbe Vaa nyanyian Daruk Seri Siti Nurhaliza tular di media sosial dan mendapat perhatian rata-rata pemuzik terkenal negara itu, siapa sangka anak sulung penyanyi itu juga, berjaya menghafal dan menyanyikan lagu tersebut.

Perkara itu dikongsi Siti menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya pada Isnin sebelum dimuat naik semula oleh penyanyi dan komposer terkenal, AR Rahman.

Menerusi video tersebut, Aafiyah secara spontan menyanyikan lagu tersebut dengan kapsyen yang ditulis Siti ‘Aafiyah pun dah hafal’.

 

Terdahulu, nama Siti Nurhaliza menjadi sohor kini di platform media sosial selepas berjaya memukau lebih 60,000 penonton yang hadir pada konsert AR Rahman – Secret of Success Live in Malaysia 2023 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Bahkan, penyanyi popular Shreya Goshal menerusi ciapannya di Twitter juga mengakui dan mengagumi bakat Siti Nurhaliza selepas lagu tersebut dibawakan dengan baik sekali pada malam tersebut.

“Penyanyi Malaysia Siti Nurhaliza mengambil alih menyanyikan lagu Munbe Vaa. 

“Saya sangat gementar untuknya, tetapi dia membuatkan semua orang terbuai dengan nyanyiannya dan membuatkan orang memberi tepukan gemuruh kepadanya.

“Dia tidak bercakap dalam bahasa Tamil, dan dia seorang Melayu, Itulah yang menjadikannya lebih istimewa,” kongsinya.

 

 

Salma Syahbuddin