Featured By: Atiqah Johari June 30, 2022 @ 7:23pm

[VIDEO] Pembantu Pulang Ke Kampung Halaman, Eina Azman Sedih! – “Saya Macam Lost Kejap”

Pelakon Datin Paduka Eina Azman berkongsi momen sebak menghantar pembantu rumah pulang setelah lima tahun berkhidmat dengan keluarganya.

Menerusi hantaran di Instagram, Eina berkongsi rasa sedih apabila perlu berpisah dengan pembantu rumah yang dikenali sebagai Mega yang kembali ke kampung halamannya di Aceh, Indonesia.

Terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati dengan pembantu rumah, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 27, mengakui sebak dengan kepulangan pembantu rumahnya ke negara asal dan menganggap kesedihan itu ibarat berpisah dengan kekasih.

“Salam to all my followers… 26 Jun finally Mega pergi tinggalkan saya and family untuk pulang ke Aceh bersama keluarga selepas lima tahun bekerja dengan kami sekeluarga.

“Ya Allah, rasa sedih tu tak tau nak cakap. Macam tengah breakup dengan boyfriend,” tulisnya.

Menurut Eina, suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet turut sebak dan mengalirkan airmata apabila melihat mereka berdua menangis ketika menghantar pembantu rumahnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Bayangkan Datuk pun boleh menangis bila tengok kamu pulang, rumah saya sekarang dah sunyi sebab tak ada siapa dah cakap kuat-kuat, gelak dan buli @aubreykarl,” luahnya.

Tambahnya lagi, kenangan bersama Mega terlalu banyak kerana dia sentiasa membantu Eina dalam apa jua aspek.

“Terlalu banyak kenangan saya dengan Mega. Dulu dia selalu jahit untuk kecilkan baju saya, teman saya memasak di dapur, tukang buat rambut saya dan Aubrey, tukang pilih baju dan beg bila saya nak keluar, tukang ambik gambar dan video untuk saya, dan peneman untuk buat TikTok, teman saya pergi shooting dan siap boleh bertukang di rumah.

“Mega ni semua benda dia nak buat… Bila Mega dah balik ni rasa macam lost kejap, sebab saya dah tak ada teman nak bergaduh dan marah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun begitu, melalui perkongsian tersebut Eina turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada pembantu rumahnya itu jika terdapat salah silap dan mengakui dia bukanlah majikan yang sempurna.

Rata-rata pengikut Instagram Eina dan warganet turut tersentuh dengan perkongsian tersebut dan dapat memahami situasi yang dialami olehnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 21 May 2018

Apa Di Dapur? Bersama Chef Imelda Harris

Harus tahu, pengambilan bayam adalah amat disarankan sepanjang tempoh berpuasa memandangkan sayuran ini terkenal sebagai sumber zat besi yang sangat baik untuk dikonsumsi lebih-lebih lagi bagi penderita anemia.

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Aliff Aziz dan Kontroversi Berpisah Tiada

Mungkinkah Aliff berdepan dengan masalah psikologi (depresi/tekanan jiwa)?

Events Wed, 10 Jul 2019

Get Inside ‘Time Capsule’, The Most Hyped Fashion Event In KL That Got Socialites Talking!

Check out this hype fashion exhibition in KLCC, admission is free!

Trending Sun, 10 Apr 2022
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

“Tak Salah Kan Berniaga?” – Zara Zya

Nampaknya, manusia sekarang makin tenat. Asyik dengki je kan

Hiburan Wed, 22 May 2019

Shila Amzah Jadi Puteri Jasmine Dalam Aladdin

Jom dengarkan lagu ‘A Whole New World’ versi Shila dan Hael pula!

Featured Sat, 24 Jul 2021

Kelonggaran Kepada Penerima Dua Dos Vaksin Diberi Mengikut Lokasi Dan Sektor Tertentu

Umum maklum, kerajaan bakal memberi kelonggaran buat kepada individu yang telah menerima dua dos suntikan vaksin. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 dibuat dengan mengambil kira

Trending Wed, 7 Nov 2018

Safiq Rahim Minta Netizen Henti Spekulasi Pengundurannya

Jika ada rezeki saya akan kembali kerana JDT sentiasa membuka pintu kepada saya dan pemain yang lain untuk kembali.

Trending Wed, 3 Jan 2018

Gajah Terkena Renjatan Elektrik Di Gerik

Seekor gajah betina ditemui mati dipercayai akaibat terkena renjatan elektrik wayar hidup di Gerik, Perak. Berdasarkan laporan Pengurusan dan Ekologi Gajah-gajah Malaysia (Meme), gajah bertina tersebut dianggarkan berusia 40 tahun. Malah, gajah tersebut juga berkemungkinan

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Betul Ke Erwin Dawson Tak Jadi Kawin?

Patah tumbuh, hilang berganti…Apapun semoga Erwin tabah menghadapi ujian.

| Live TV