[VIDEO] Peminat ‘Geram’ Lihat Aksi Mesra Janna Nick & Dini Schatzmann – “Gedik Pun Dengan Laki Sendiri..Seronok Tengok”

Pasangan selebriti Janna Nick & Dini Schatzmann sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi sebuah video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Janna memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan aksi kemesraannya bersama suami.

Video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan aksi mereka beriadah di gimnasium, membeli belah dan makan bersama di taman.

“A day routine with my only baby,” tulisnya ringkas.

Ternyata perkongsian tersebut menjadi perhatian apabila rata-rata pengikut menyifatkan aksi pasangan sama cantik sama padan itu sangat comel.

Menjengah ke ruangan balas, pelbagai reaksi diberikan terhadap perkongsian video comel tersebut sehingga ramai yang berasa geram dengan aksi mesra Janna dan Dini itu.

Namun, di sebalik komen-komen tersebut, ada juga yang menyatakan pelakon drama Bukan Puteri Lindungan Bulan itu sangat bahagia di samping suami tercinta.

Malah ramai juga turut berseloroh dengan mengatakan video tersebut tidak sesuai ditonton oleh individu yang masih bujang.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian comel tersebut telah meraih lebih 600,000 tontonan dan lebih 890 komen di IG.

Untuk info, Dini dan Janna selamat diijab kabul pada 10 Jun lalu di Langkawi dalam sebuah majlis tertutup.

Pasangan itu seterusnya diraikan dalam majlis resepsi berlangsung di sebuah resort terkemuka di pulau tersebut.

Khairil Khusyairi