Featured By: Aqilah Paharuzi June 15, 2022 @ 9:31pm

[VIDEO] “Peminat Johnny Depp Malukan Saya!” – Amber Heard Kecewa Tak Dilayan Seperti..

Bekas isteri Johnny Depp, Amber Heard meluahkan perasaannya yang kecewa dengan layanan oleh peminat Depp yang hadir semasa perbicaraan kes rumahtangga mereka berlangsung.

Heard berkata sokongan yang diberikan oleh Depp membuatkan dirinya tertekan kerana tidak dilayan seperti manusia dan dimalukan depan khalayak ramai.

Heard mendedahkan kejadian berikut menerusi temubual secara ekslusif bersama Savannah Guthrie menerusi NBC.

Kata Heard, peminat Depp menunjukkan sokongan penuh kepada bekas suaminya itu dengan penuh bertenaga, vokal termasuk membawa sepanduk ‘Kematian Untuk Amber’.

“Ini adalah momen paling buruk dan memalukan pernah saya lalui.

“Saya tidak pernah berasa seperti ‘dibuang dari status menjadi manusia’. Saya tak dilayan seperti manusia selayaknya,” dakwa Heard seperti dilaporkan CNN.

Tinjauan XTRA di ruangan media sosial Twitter mendapati nama Heard sehingga kini masih kekal ‘trending’ beserta tanda pagar #AmberHeardIsALiar dan #AmberHeardIsAnAbuser.

 

Dalam pada itu, rata-rata netizen seakan masih menyimpan ‘dendam’ kesumat yang menggelarkan Heard sebagai penipu paling besar.

Dalam pada itu, Heard berkata dia turut dibuli teruk oleh seluruh netizen yang meninggalkan kata-kata kesat kepadanya menerusi pelbagai platform media sosial.

Heard menegaskan dirinya tidak akan menyerah dan terus bertahan demi memperjuangkan kebenaran terhadap kes keganasan rumah tangga dalam rumahtangganya bersama Depp, di mana menurutnya segala dakwaannya telah didera adalah benar.

“Sehingga nafas terkahir, saya akan mempertahankan setiap dakwaan dan testimoni saya (didera),” tegasnya lagi.

Dia bagaimanapun mengaku menyesal kerana sepanjang hidupo bersama Depp, pernah melakukan perkara tak sepatutnya.

“Sikap saya teruk dan hampir tidak mengenali diri sendiri. Saya mempunyai banyak penyesalan,” katanya.

Terdahulu, pihak mahkamah mengarahkan Heard untuk membayar ganti rugi kepada bekas suaminya, Depp sebanyak AS$ 15 juta bersamaan dengan RM65 juta selepas kalah dalam kes saman fitnah selepas pelakon berkenaan mengeluarkan kenyataan didera oleh Depp.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Selena Gomez Patah Hati Lagi…

Laporan mengenai Bieber mendapatkan banglo mewah berkenaan telah sampai ke pengetahuan bekas kekasihnya, Selena Gomez. Alahai Si Bieber ni pun…

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Sang Dewi Versi Misha Omar Buat Ramai ‘Galau’ – “Merintih! Nak Full Cover Please”

Hujan hujan ni bertambah galau min dengar Kak Mitch nyanyi lagu Sang Dewi 🥲🥲

Featured Tue, 13 Apr 2021

“Terpaksa Berada Di Tengah Laut Berjam- Jam, Shooting 50 Hari Tanpa Henti” – Fedtri Yahya Dedah Kesukaran Penggambaran Jejak Rasul

Pengacara Jejak Rasul, Ahmad Fedtri Yahya mengakui berdepan dengan beberapa cabaran sewaktu menjalankan penggambaran di Malaysia buat kali pertama. “Ini merupakan kali pertama penggambaran di Malaysia dan kami meneroka tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan,

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Patutlah Cantik, Tya Ariffin Kongsi Rahsia!

Perempuan berusia 16 tahun ke atas boleh mengamalkan produk jamu MuTyara, bukan untuk orang tua saja ya. Bagi wanita berkahwin, minumlah jamu untuk menghargai diri dan orang tersayang. Ia penting untuk penjagaan dalaman.

Featured Thu, 18 Jun 2020
Trending Thu, 13 Aug 2020
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Saharul Ridzwan Jadi Rapper Pula?

Wow, tak sabar kami nak dengar single terbaru Saharul ni nanti. Sure gempak kan. Yang penting…Saharul tak guna autotune okay!

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

Jangan Obses Dengan ‘Fattzura’

Gandingan yang digelar Fattzura ini terlalu taksub dan kekuatan sokongan peminat memang tidak dapat dinafikan

Trending Fri, 31 Jan 2020
Featured Tue, 25 May 2021

“Rakyat Yang Lain Berintegriti? Jangan Sibuk Jaga…” – Video PKP Lagi & Lagi Uyaina Arshad Dipuji Ramai

Pelakon dan pengacara Wanita Hari (WHI), Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang mengandungi pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai mengenai situasi semasa COVID-19. Dalam video tersebut, Uyaina menyentuh mengenai sikap

| Live TV

error: Content is protected !!