Hiburan By: Izzi Farhana May 31, 2023 @ 6:25pm

[VIDEO] Pemurahnya! Belanja Kanak-Kanak Sindrom Down Mainan, Warganet Puji Sikap Pemurah Tya Arifin

Sikap pemurah pelakon dan usahawan Tya Arifin yang bertindak untuk membelikan permainan untuk diberikan kepada seorang kanak-kanak sindrom down di sebuah pusat membeli-belah meriah perhatian ramai.

Video itu dikongsi menerusi laman media sosial TikTok milik menantu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

@tyaarifinnw Budak OKU menangis 1 kedai dengar 🥹😢 Lain kanak-kanak lain ragamnya. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak istimewa, cuba kita fahami & belajar cara macam mana nak handle mereka. Jom share tips atau cara terbaik macam mana cara nak pujuk anak istimewa, yang terawal Tya nk kongsi RM50 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻 #fypシ #tyaarifin #fyp ♬ Future – Official Sound Studio

Menerusi video tersebut, pada asalnya Tya hanya mendengar suara kanak-kanak menangis di dalam kedai permainan.

“Kenapa sayang? Dia merajuk kenapa? Nak yang ini ke? Haa okay takpe ni kakak belanja,” kata Tya kepada kanak-kanak itu.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit datang bersama abangnya dan dia merajuk kerana keinginan untuk membeli permainan di situ tidak dituruti oleh abangnya.

Selepas memujuk kanak-kanak itu, Tya sempat menitipkan kata-kata nasihat agar dia menjadi anak yang baik dan mendengar kata orang tua.

Meninjau di ruangan komen, warganet memberikan kata-kata pujian atas sifat pemurah dan baik hati yang ditonjolkan oleh Tya.

“Senyum lebar dia. Thank you kak Tya, Moga murah rezeki selalu

“Sebaknya, terima kasih Tya membahagiakan anak istimewa ini. Semoga Tya dimurahkan rezeki

“Tak boleh tengok situasi macam ini. Semoga kita ada rezeki macam Tya untuk tolong orang,” tulis netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Halal Gap? Ernie Perjelas Isu Pegang Tangan Syamel

Biasalah tu, diorang kan rakan duet?

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Akhirnya Impian Tertangguh 2 Tahun Bakal Direalisasikan – Liza Hanim

Siapa yang tak kenal dengan LIza Hanim? Memiliki kekuatan vokal yang mantap meletakkan Liza Hanim berada dalam kelas tersendiri. Walaupun agak lama menyepi, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi […]

Events Thu, 13 Sep 2018
Hiburan Tue, 6 Aug 2019
Hiburan Fri, 3 May 2019

Noorkhiriah Tak Mahu Bergambar Dengan Selebriti Tak Bertudung?

Dalam pada itu, dia mengaku mula merindui watak Aisyah yang dilakonkan dalam drama Nur dan Nur 2.

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Comelnya! Ayra Aneesah Nama Anak Ummi Nazeera

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin melahirkan bayi perempuan itu di Hospital Serdang pada jam 11.37 malam menerusi pembedahan ketika kandungannya mencecah usia 34 minggu.