[VIDEO] “Can I Advise You Something” – Drama Band Menyesal Dan Mohon Maaf

Persembahan yang dianggap sarkastik menerusi gimik yang dilakukan pada #AJL34 lalu nyata menimbulkan kontroversi buat kumpulan Drama Band.

Ekoran gimik keterlaluan itu, Drama Band tampil ‘membuka’ mulut dengan mengeluarkan kenyataan media berhubung permohonan maaf mereka kepada TV3 yang dimuat naik menerusi akaun instagram vokalis kumpulan itu, Aepul Roza pada Jumaat.

 

Walaupun persembahan mereka menerusi lagu Drama dipuji sesetengah pihak, namun persembahan itu membangkitkan rasa kurang senang terutamanya apabila ianya menyentuh isu politik.
Malah, imej yang dibawa di atas pentas juga turut mendapat kritikan segelintir warganet yang kurang senang dengan penampilan tersebut yang kononnnya dianggap sebagai menyakitkan mata.
Apapun, diharap dengan permohonan maaf ini, masyarakat tidak lagi mempertikaikan dan menimbulkan sebarang isu kontroversi mengenai persembahan mereka pada #AJL34 lalu.

Salma Syahbuddin