Featured By: Atiqah Johari October 18, 2022 @ 5:47pm

[VIDEO] Persoal Watak ‘Nurse’ Dalam Telefilem, Doktor Kritik Pengarah Matahari Tak Bercahaya Gagal Gara-Gara…

Telefilem berjudul Matahari Tak Bercahaya yang ditayangkan di televisyen baru-baru ini telah mendapat perhatian seorang doktor mengenai satu babak dalam drama tersebut.

Melihat kepada potongan babak yang dikongsi, seorang jururawat dilihat memaklumkan kepada seorang pesakit mengenai babak tersalah memasukkan darah milik pesakit HIV kepada pesakit tersebut.

Susulan itu, seorang doktor yang aktif di laman TikTok tampil memberi teguran dan penjelasan mengenai babak tersebut dan menganggap pengarah telefilem itu telah gagal.

Jelasnya, watak wanita yang memakai pakaian seperti jururawat tersebut hanyalah seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan bukannya jururawat dan tidak menjadi tanggungjawabnya untuk memaklumkan apa-apa berkaitan kesihatan kepada pesakit seperti yang dipaparkan.

“Jangan dengar cakap dia Puan Mastura (nama watak)… dia bukan misi, dia PPK Puan Mastura.

“PPK lain semua tahu tanggungjawab masing-masing Puan Mastura tapi dia ja tak tahu tanggungjawab dia.

“Dia pi cucuk orang pasal apa, pi ambik darah pasal apa… dia ada delusional Puan Mastura,” ujar doktor itu.

Jelasnya, seorang PPK tidak dipertanggungjawabkan untuk mencucuk pesakit malah dari segi etika pemakaian juga tidak melambangkan watak itu sebagai seorang jururawat.

“Dia jenis bukan kena cucuk orang… dia pakai tudung putih tak ada line di atas kepala.

“Dia bukan staff nurse, jangan dengar cakap dia, dia PPK,” katanya lagi.

Sehubungan itu, doktor tersebut menganggap pengarah telefilem tersebut telah gagal kerana tidak menitikberatkan tentang etika pemakaian seorang jururawat dan memberi maklumat salah kepada penonton.

Untuk info, telefilem Matahari Tak Bercahaya diangkat dari kisah benar mengenai seorang pesakit HIV pada tahun 1990-an yang dilakonkan oleh Nad Zainal dan Fattah Amin.

@kebebasandalamhidupku #stitch with @𝐼𝓏𝓏𝒶𝓉𝒾 𝐹𝒶𝓇𝓏𝒽𝒶𝓃 PUAN MASTURAAAAA #doctortiktok #clinicdrama ♬ Kau Sahabat Kau Teman – Hijjaz

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan cara teguran doktor tersebut malah ramai yang bersetuju dengan kritikan beliau kerana watak yang dilakonkan telah menimbulkan kekeliruan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Nov 2022

“Menggelabah Kemas Rumah!” – Prank Ibu Mertua Datang Mengejut, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Harris Annuar & Isteri 

Siapa yang akan jadi menggelabah jugak bila ibu/ayah mertua nak datang rumah? 🤣🤣 Comel je pasangan sejoli niii 🤣🤣

Featured Mon, 19 Jul 2021

Kelonggaran Pergerakan & SOP Diumum Selepas Aidiladha

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sedang membincangkan secara terperinci mengenai SOP kebebasan pergerakan kepada individu melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan perniagaan selepas sambutan Aidiladha. “Kita akan beri kelonggaran (individu

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Giliran Anak Ketiga Kris Dayanti Pula Jadi Penyanyi…

Soundtrack berjudul ‘Sahabat Tersayang’ ini bakal membuatkan pendengar jatuh cinta dengan suara puteri kesayangan diva nombor satu Indonesia ini.

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Beri Peluang Pada Pelakon Baharu

Sebagai orang lama dalam industri saya faham bukan mudah untuk seorang artis baru menempa nama dalam bidang hiburan

Hiburan Thu, 10 May 2018

谁那么大胆!小劳勃道尼「900万钢铁人装甲」被偷了

「复仇者联盟」在电影里打击犯罪,拯救宇宙,没想到在现实生活中竟然成为受害者,一副小劳勃道尼(Robert Downey Jr.)曾穿过的钢铁人装甲被偷了!

TECH Fri, 18 May 2018

Gmail for iOs Kini Menerima Ciri Bayaran Google Pay

Google Pay yang membolehkan korang ‘membayar sesiapa saja menggunakan alamat emel’

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Lagu Bebas Gimik, Aishah Percaya ‘Malar’ Ada Magis Tersendiri

Akui Aishah, sesebuah lagu tidak memerlukan gimik berlebihan sekiranya ia kuat untuk menarik minat pendengar. Betul juga kan?

Featured Mon, 19 Apr 2021

500,000 Guru Akan Diberi Keutamaan Vaksin

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar golongan pendidik akan diberi keutamaan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Beliau berkata guru-guru akan diberi keutamaan yang sama seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU)

Trending Sun, 21 Oct 2018

| Live TV