Featured By: Aqilah Paharuzi June 30, 2022 @ 6:29pm

[VIDEO] Rakyat Indonesia ‘Claim’ Asal Usul Silat, Ini Reaksi Yayan Ruhian

Pelakon aksi terkenal dari Indonesia, Yayan Ruhian semakin mendapat perhatian di Malaysia selepas menampilkan lakonan mantap dalam filem Mat Kilau, yang berjaya mengutip sebanyak RM23 juta semenjak tujuh hari ditayangkan.

Menerusi filem Mat Kilau, Yayan membawa watak sebagai pembunuh upahan dibawah Captain Syers, iaitu orang kuat penjajah British.

Umum sedia maklum, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menampilkan anak-anak muda yang berjuang menentang penjajah British dengan hanya ‘bersenjatakan’ silat dan agama Islam sebagai penguat semangat.

Namun begitu, setelah filem ini ditayangkan sehingga tular di media sosial, satu perbalahan telah tercetus antara rata-rata rakyat Indonesia dan Malaysia yang mempertikaikan mengenai asal usul silat.

Menerusi satu temubual bersama mStar, Yayan mengulas isu tersebut dengan berkata silat adalah satu seni mempertahankan diri yang mampu menyatukan dua negara.

Yayan turut sempat menasihati masyarakat di luar sana agar memandang ilmu silat itu sebagai salah satu seni yang mampi mengeratkan silaturahim.

“Kalau di Indonesia, silat itu diibaratkan seperti silaturahim, saya rasa di Malaysia juga setuju.

“Jadi saya yakin buat sesiapapun yang mengatakan dan mengakui seorang pesilat, pasti kita akan menjunjung nilai tertinggi silaturahim,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yayan turut disoal sama ada perbalahan tersebut ada memberi kesan dalam hubungan antara Malaysia dan negara jiran, menurutnya netizen harus mampu berfikir untuk mengetahui sesuatu perkara mengikut sumber yang boleh dipercayai.

“Saya tahu, netizen adalah orang yang cerdik dan boleh menentukan mana yang benar, kurang benar dan mana yang boleh dipercayai,” komennya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 Sep 2018
Events Mon, 15 Jan 2018

DO YOU HAVE DARK HUMOUR? JOIN COMEDY AFTER DARK FOR SOME GRIM LAUGHS

Dark humour is quite the niche interest, especially in a more conservative community like ours. However, there is still a large fan-base for dark comedy. If that’s your cup of tea, you absolutely have to go for this event!

Featured Fri, 13 Jan 2023

“Ready To Fight” – Zahid Hamidi Sahut Cabaran Khairy Jamaludin?

Ucapan ringkas ‘ready to fight’ yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika bersalaman dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa hadir pada Perhimpunan Agong UMNO 2022 (PAU2022) […]

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Kes Curi Aliff Ditangguhkan Kerana Tuduhan Ketiga

Jangan disia-siakan bakat yang ada ye dik?

familuv Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Hiburan Sun, 30 Jun 2019

‘Papa Selamat Ditemui, Terima Kasih Orang Gerik!’- Zahid Baharuddin

Terima kasih saudara mara di Teluk Intan yang bertungkus lumus mencari papa sehingga jumpa. Terima kasih juga pihak PDRM yang membantu. Semoga Allah SWT membalas jasa kalian semua. Syukur ya Allah…