Featured By: Khairil Khusyairi December 20, 2022 @ 7:43pm

[VIDEO] Ramai Teringat Zaman Remaja Bila Tengok Agnez Mo Perform Lagu ‘Tak Ada Logika’ – “Lagu Legend Zaman Sekolah”

Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica menjadi bualan warganet apabila nyanyiannya di sebuah konsert tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik rakaman yang memaparkan Agnes atau lebih mesra dikenali sebagai Agnez Mo itu sedang membuat persembahan dengan mendendangkan lagu popularnya berjudul Tak Ada Logika.

Tampil dengan imej bersahaja, penyanyi yang juga seorang pelakon tersebut ternyata mencuri perhatian penonton dengan nyanyian dan tarian yang memukau.

Ternyata persembahan tersebut sedikit sebanyak mengubat kerinduan pendengar terhadap penyanyi yang mula aktif pada tahun 1992 itu.

Sehingga kini perkongsian tersebut telahpun mencecah lebih 2 juta tontonan, 125,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

@aqnezmo♬ suara asli – AGNEZ MO ☑️

Berdasarkan tinjauan XTRA di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja mereka apabila dapat menyaksikan persembahan Agnez.

Malah ada juga yang merindui dengan karya-karya Agnez terutamanya lagu Tak Ada Logika kerana lagu tersebut merupakan antara lagu kegemaran ketika remaja.

Tidak kurang juga, ada yang masih mengagumi kelunakan suara Agnez biarpun usianya kini 36 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 26 Feb 2018

Akhirnya Abam Tinggalkan BBB 2018

Abam akhirnya meninggalkan pentas Bintang Bersama Bintang pada minggu yang kelima pada Ahad. Dengan persembahan berkonsepkan kekeluargaan, Abam menampilkan Shaney sebagai artis jemputannya untuk membantu beliau pada kali ini.   Namun, rezeki tidak berpihak kepada

Trending Wed, 16 May 2018

Gadis Ini Jual 100 Buah Mini Cooper Di WeChat Dalam Masa 5 Minit

Pernah tak korang terfikir nak beli kereta melalui aplikasi WeChat?

Featured Fri, 20 Jan 2023
Contest Fri, 22 Mar 2019

#xtra好康头 | 送你《费玉清2019告别演唱会》入门票

#xtra好康头 送你去看4月12日「金嗓歌王」费玉清的个人告别演艺圈巡回演唱会。

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Trending Thu, 27 Aug 2020

Kedai Serbaneka Beroperasi Lebih Dari 12 Tengah Malam Akan Dikenakan Tindakan

Dah tak boleh nak pergi 7eleven lebih dari pukul 12..

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Tak Minat Tumpang Populariti Kakak, Fyna Jebat Kini Tauke Jeans

Sudah tiga tahun menyanyi di sana, banyak pengalaman yang dapat dipelajari. Kalau ada undangan di Kuala Lumpur, sekali sekala saya akan ke sini.

Featured Fri, 27 Jan 2023

Rindu Suasana Makkah, Syafiqah Aina Dedah Penting Rakaman Video Biarpun Sibuk Beribadah

Usahawan serta pempengaruh, Syafiqah Aina mengakui betapa penting merekod video dalam mengabadikan momen terindah untuk diingati. @syafiqahainaofficialBila tengok balik video yg ada masyaAllah, mengalir air mata sbb terlalu rindu. Orang cakap “tkpayahla buat video, focus

| Live TV