Featured By: Atiqah Johari October 13, 2022 @ 7:40pm

[VIDEO] Remaja Lelaki Buka Mulut Jadi ‘Mangsa’ PU Azman, Caprice Tampil Tunjuk Bukti

Susulan kontroversi melibatkan pendakwah bebas, PU Azman yang dikenakan lima pertuduhan atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki baru-baru ini.

Kini, Caprice pula tampil mendedahkan kepada umum melalui Instagram Stories (IGS) miliknya yang memaparkan seorang remaja lelaki yang mendakwa dirinya juga pernah diganggu oleh PU Azman.

Sehubungan itu, Caprice meminta remaja tersebut untuk merakam perbualannya menerusi mesej langsung (DM) bersama PU Azman seperti yang didakwa.

“Another mangsa nak kedepan. Cap tak terima screenshot sebab boleh photoshop so kita minta, 1. Screen record, 2. Record phone using another phone” tulis Caprice.

Meneliti video rakaman perbualan itu, dilihat PU Azman atau mesra disapa Cik Man bertanyakan beberapa soalan kepada remaja tersebut sebelum meminta untuk melakukan panggilan video.

Bukan itu sahaja, remaja itu turut dilihat menceritakan pengalaman yang dihadapinya menerusi aplikasi Whatsapp dengan menyatakan dia tidak pernah menyambut pelawaan Cik Man untuk membuat panggilan video kerana berasa tidak selesa dengan cara mesej pendakwah itu.

“Pertama sekali, saya tidak pernah langsung video call dengan dia. Cara dia chat saya dah rasa tak selesa… dia macam ada unsur-unsur benda yang buruk lah.

“Jadi, saya cuba elak daripada benda itu. Kemudian, dia ada kata macam ini “Kim, Ustaz nak VC boleh tapi Ustaz nak kita dua je, taknak orang dengar”.

“Jadi, dari situ saya dah rasa macam tak selesa lah. Saya tak report siapa-siapa sebab takut nanti apa-apa jadi ke, then… bila dah jadi kes macam ini, saya perlu bersuara sebab benda ini pun dah pernah kena dekat saya. Jadi, saya perlu berkongsi dengan seseorang,” luah remaja lelaki tersebut.

Sehubungan itu, Caprice mengambil pendekatan untuk membantu mana-mana individu yang pernah berdepan insiden sama dengan meminta individu terlibat membuat rakaman perbualan dan bukan semata-mata tangkap layar untuk memastikan tidak dituduh disunting.

“Sebab nak elak orang kata deep fake lah, edited lah, Cap akan bantu mangsa-mangsa yang ada bukti sahaja. Secreenshots is not strong enough sebab orang boleh claim photoshop. Videos don’t lie… see YOU when I see you,” ujar Caprice.

Untuk makluman, PU Azman didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Namun begitu, Cik Man telah mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin berjumlah RM40,000 atas semua pertuduhan.

Lagi, tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan pada 8 Disember untuk penyerahan dokumen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 13 May 2023
Events Tue, 23 Apr 2019
Featured Wed, 21 Jun 2023
Featured Tue, 14 Nov 2023

Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Moga cepat sembuh XTRA doakan!🤲

Featured Fri, 28 Oct 2022
OMG Mon, 18 May 2020
Featured Wed, 2 Feb 2022