[VIDEO] Rossa Sera Wish Birthday Shuk Sahar, Netizen Komen: “Sekejap Lagi Meroyanlah Si Gila B*bi Tu”

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila membuat sebuah perkongsian di media sosial miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sera memuat naik sebuah video yang memaparkan foto dan video momen-momen dia dan Shuk bersama anak-anak sempena hari ulang tahun Shuk, semalam.

“Happy Birthday Mohamad Shukri.

“Semoga yang baik-baik untuk mu selalu, Aminn. From me, Ain dan Amy,” tulis Sera ringkas.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah ucapan Sera yang sentiasa mendoakan Shuk. Tidak kurang juga ramai mendoakan pasangan tersebut dapat kembali bersama semula.

Namun lebih menarik, ada juga yang meninggalkan komen sinis seolah-olah memerli seseorang.

Pada Januari, Shuk dan Sera berkongsi momen mengerjakan umrah bersama menerusi akaun Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar & Isteri Akhirnya Berpisah? Rossa Sera Amuk Sering Kena Provoke – “Kau Ugut Dia Macam-Macam Sampai Bercerai Berai”

Terdahulu, Sera sudah menfailkan cerai terhadap Shuk pada November 2021.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

Khairil Khusyairi