Featured By: Salma Syahbuddin July 6, 2022 @ 8:40pm

[VIDEO] ” Saja Nak Kena Kecam…Padahal Sendiri Cari Pasal” – Muat Naik Gambar Bersama Anjing, Baby Shima Masih Tahu Halal Haram

Selepas sepi seketika dengan kontroversi, nama Baby Shima kembali hangat diperkatakan apabila dilihat memuat naik video pendek bersama seekor anjing.

Perkongsian itu dikongsi beliau menerusi muat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

Meskipun dikecam dan menerima respon negatif dari netizen, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashimah Ramli, 30, menegaskan dirinya masih tahu menjaga batas dan masih tahu halal haram dalam agama.

“Saya hanya berkongsi apa yang saya suka. Ia adalah salah satu content untuk media sosial saya. Saya masih tahu jaga batas dan tidak pun peluk anjing tu.

“Saya juga tidak faham kenapa isu anjing ini begitu sensitif. Saya faham ia haram disentuh, namun dalam masa yang sama kita juga perlu ada sifat kasih sayang terhadap haiwan” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

 

Menjengah di ruangan komen, ramai yang mendakwa penyanyi Main Mata ini sengaja mencari publisiti untuk  meningkatkan popularitinya.

Namun, Baby Shima menepis dakwaan tersebut dan mengakui tidak mudah untuk puaskan hati semua pihak bahkan menutup mulut mereka.

“Kenapa saya kena cari publisiti dengan cara begitu? Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menarik perhatian ramai atau sengaja cipta content bertujuan untuk mempromosikan diri.

“Apa sahaja yang saya buat pasti tidak kena di mata sesetengah orang. Apa boleh buat? Bukan mudah hendak tutup mulut semua orang,” jelasnya.

Justeru itu, beliau memohon peminat di luar sana agar tidak mudah menjatuhkan hukuman berdasarkan posting yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 May 2018

“Pelawak Harus Punya Idea Sendiri” – Afdlin Shauki

Datuk Afdlin Shauki menegaskan bahawa pelawak-pelawak tempatan perlulah mempunyai identiti sendiri dan tidak menciplak mana-mana idea orang lain terutamanya apabila membuat persembahan

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Tue, 28 Jan 2020

That Hilarious Moment When BLACKPINK Rosé’s Bodyguard Stole The Show

Let’s be honest, who wouldn’t fall for Rosé?

Trending Tue, 7 Nov 2023
Trending Wed, 21 Oct 2020
Trending Mon, 23 Mar 2020