[VIDEO] Sebak! Matin Anak Shuib Buat Ramai Tersentuh Hati – “Saya Anak Mummy & Anak Ibu Sampai Syurga”

Anak ketiga pelawak Shuib iaitu Ariq Matin membuat ramai tersentuh hati ketika disoal berkaitan dirinya itu anak kepada siapa.

Isteri kepada penyanyi 80-an Raisuddin iaitu Siti Fatimah atau lebih dikenali sebagai Makder berkongsi video perbualan mereka di TikTok telah mencuri perhatian ramai.

Apa yang menarik perhatian adalah Matin berkata dia adalah anak kepada isteri baru Shuib, iaitu Watie Hanifiah serta anak Allahyarhamah Siti Sarah.

“Matin anak siapa?” soal Makder.

“Saya anak daddy dengan mummy (panggilan Watie).

“Anak ibu (Arwah Siti Sarah)?,” kata Makder.

“Anak ibu sampai ke syurga,” tutur Matin yang tampak sayu itu.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui tersentuh mendengar luahan anak ketiga Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah.

Ramai dalam kalangan mereka memuji kepandaian Matin yang bijak menjaga hati kedua-dua orang tuanya.



Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 1.2 juta tontonan, 90,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

@xtra_my

Sejuk perut Arwah Siti Sarah mengandungkan anak soleh & bijak ni 🥹 #fyp #xtramy #matin #anak #shuibsepahtu #sitisarahraisuddin #beritaditiktok #sembangentertainment #syurga

♬ original sound – XTRA – XTRA

Shuib dan Watie selamat mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam.

Sekadar info, hasil perkahwinan Shuib dan Allahyarhamah Sarah mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Aqilah Paharuzi