[VIDEO] Selepas Berpeluk, Shah Jaszle & Emma Maembong Bertepuk Punggung? – “Makin Keterlaluan!”

Nama pelakon terkenal, Emma Maembong hangat menjadi buah mulut netizen selepas tular sebuah video ‘berpelukan’ bersama aktor Shah Jaszle di aplikasi TikTok.

Video tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen yang berang melihat gelagat kedua-dua pelakon tersebut seakan tidak malu memeluk sesama mereka lebih-lebih lagi berstatus suami dan isteri orang.

Artikel Berkaitan: Netizen Risau, Shahz Jaszle & Emma Maembong Menari Sambil Berpeluk! – “Makin Teruk, Tapi Dianggap Biasa”

Susulan itu, nama mereka sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas sebuah video baru tular di TikTok yang memaparkan Emma menepuk punggung Shah.

Meskipun mereka difahamkan sedang berlakon untuk sebuah drama tempatan, namun ramai dalam kalangan netizen yang menganggap perbuatan mereka itu sudah melebihi batas dan agak keterlaluan.

Namun begitu, ada juga segelintir daripada netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap Shah kerana dipercayai sedang diuji kali ini.

Aqilah Paharuzi