[VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM, Imran Aqil selamat mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh media sosil, Dahlia Rizal dengan sekali lafaz pada malam Sabtu.

Majlis tertutup itu dijalankan di Villa Istana Ayer Keroh, Melaka dan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Imran menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Memetik laporan mStar, Imran yang sudah lama menyimpan hatinya kepada Dahlia itu meluahkan rasa syukur apabila kini mereka telah bersatu secara sah.

Mengakui dirinya banyak kekurangan, aktor drama Budak Tebing 2 ini mengucapkan terima kasih kepada isteri tersayang kerana menerimanya dengan sepenuh hati.

“Alhamdulillah, syukur masa yang dinanti telah pun tiba. Kami mengikat pertunangan selama setahun dan malam ini kami sudah sah bergelar suami dan isteri.

“Sejujurnya saya merasa agak gementar memandangkan tanggungjawab seorang suami dan isteri bukan mudah… namun Alhamdulillah berkat doa ibu bapa serta doa-doa peminat kami dapat mengharunginya sehingga ke hari ini.

“Kepada isteri saya, terima kasih kerana menerima saya dan selalu bersabar dalam tempoh pertunangan kita selama ini.

“Tidak dinafikan saya banyak kekurangan tetapi awak (Dahlia) sentiasa menyempurnakan saya… saya juga berharap agar peminat semua doakan kami bahagia hingga ke syurga,” tuturnya lagi.

Sekadar info, Imran dan Dahlia mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.

@humyrhh

aaaaaa comelllll 😍😍😍😍😍❤️😭💔#dahliaimran #dahliarizal #fyp #married

♬ suara asli – adit – Hystyle

Artikel Berkaitan: Imran Aqil Dedah Amal Doa Nabi Musa Untuk Pikat Dahlia – “Terus Allah Bagi Cash”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Persiapan Kahwin Dah 70 Peratus, Imran Aqil Kongsi Dugaan Bertunang – “Ada Orang Kenamaan Cuba Mendekati Tunang Saya”

Sumber: mstar

Aqilah Paharuzi