[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura menjadi perbualan hangat di serata media sosial selepas tular sebuah video TikTok memaparkan barangan peribadi jenama mewah miliknya, baru-baru ini.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, aktres Gol dan Gincu itu memuat naik sebuah hantaran terbaru memaparkan pakaian lengkap outfit of the day (OOTD).

Artikel Berkaitan:Ā ā€œKaya Tapi Tak Menunjuk, Humble & Bersederhanaā€¦ā€ ā€“ Netizen Intai Harga Jam Tangan Fazura Cecah RM4 Juta

Kejelitaan ibu anak satu itu sentiasa menambat hati peminatnya, namun apa yang menarik perhatian adalah aktres jelita itu mengaburkan beg tangan dalam foto terbabit.

Menerjah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan mengapa Fazura mengaburkan tas tangannya.

Sementara itu, segelintir netizen turut mendakwa Fazura bertindak sedemikian kerana tidak mahu heboh di media sosial seperti video tular di TikTok baru-baru ini.

Aqilah Paharuzi